Rabu, 16 Mei 2012

'Terserah kepada mana-mana pihak anjur Bersih 4.0'

Jamilah Hamzah

Bersih 3.0
 
Peserta dan penyokong Bersih 3.0 membanjiri kawasan Masjid Jamek selepas
waktu tengah hari. - Foto ihsan Trinna Leong
 
 
KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah menegaskan pihaknya tiada rancangan untuk menganjurkan Bersih 4.0 yang diuar-uarkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sebelum ini.

"Kami tiada perancangan untuk anjurkan Bersih 4.0 buat masa ini, dan jika ada pihak lain yang ingin anjurkannya itu terpulang kepada mereka.

"Kami juga tidak akan terlibat dan tidak akan bertanggungjawab atas apa yang berlaku pada Bersih 4.0 yang dianjurkan nanti," kata beliau yang juga salah seorang Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 hari ini.

Sebelum ini, Bersih 3.0 pada April lalu yang sepatutnya berlangsung secara aman tetapi dicemari dengan pelbagai insiden yang boleh memburukkan imej negara.

"Kami akan fokuskan pada isu pengundi untuk pilihanraya umum akan datang, dan kami seru semua yang layak mengundi untuk turun menunaikan tanggungjawab mereka untuk PRU akan datang," katanya lagi.

Tiada ulasan: