Kesemua
60 tapak perniagaan depan rumah Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga
yang 'dijual' oleh kumpulan peniaga anti-BERSIH habis dijual dengan
jualan tertinggi RM5,000 untuk tapak utama.
Jualan itu dibuat pantas oleh Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur (MBPKL) di depan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pagi tadi selepas bertemu Datuk Bandar.
Peniaga makanan dan minuman Ahmad Diah Ali (kiri), bertopi merah) yang mendapat tapak utama - terletak betul-betul di hadapan rumah Ambiga - sanggup membayar RM5,000 kerana tidak berpuas hati dengan peguam itu.
"Saya sanggup bayar RM5,000 sebab saya tak puas hati dengan Ambiga. Kerana dia, peniaga yang selama ini berniaga dengan bersih menjadi kacau.
"Saya nak tunjuk tak puas hati saya dengan meniaga depan rumah Ambiga," kata Ahmad Diah, 51, kepada pemberita selepas membuat bayaran tunai.
Selain itu, tapak lain habis dijual dengan harga RM100 setiap satu.
Semalam, MBPKL berkata lelongan itu untuk menampung kos menganjurkan demonstrasi anti-BERSIH pada 24 dan 25 Mei ini.
Menamakan perhimpunan itu "BERSIH 4.0", ketuanya Datuk Jamal Md Yunus menganggarkan seramai 10,000 akan hadir dalam demonstrasi bagi "mencucikan BERSIH 1,2,3" itu.
Kumpulan itu merancang untuk membuka gerai jualan pelbagai barangan, makanan dan minuman dari pukul 3.30 petang sehingga 8 malam dengan sasaran mendapat pulangan antara RM300 hingga RM500 sehari.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan