KL TODAY
MalTechPro
Sdn Bhd pada Khamis memperkenalkan tablet pertama buatan Malaysia
dikenali ‘1Malaysia Pad’ yang dilengkapi aplikasi terkini dan skrin
sesentuh.Mensasarkan jualan awal sebanyak 5,000 unit dengan harga
pengenalan RM999, tablet selebar 7 inci itu juga dilengkapi dengan
kemudahan 1Malaysia Messenger.Pengerusi Eksekutifnya Datuk Sohaimi
Shahadan berkata menerusi kemudahan itu, pemilik tablet yang sama boleh
berhubung secara percuma dengan pesanan ringkas, menghantar gambar,
rakaman video dan rakaman suara.
“Tablet
itu dicipta degan pelbagai aplikasi tambahan yang mesra pengguna dan
bercirikan identiti Malaysia di samping aplikasi sama yang terdapat
pada tablet jenama lain,” katanya kepada pemberita selepas majlis
prapelancaran di sini.
Majlis itu disempurnakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Sohaimi berkata tablet yang menggunakan sistem android itu juga dilengkapi dengan sambungan jalur lebar tanpa wayar dan 3G. “Syarikat kami juga bersedia untuk mengubah suai aplikasi itu mengikut kehendak pengguna yang ingin membeli dengan jumlah besar untuk kegunaan jabatan atau agensi masing-masing,” katanya.

Selain itu
katanya, pelajar institusi pengajian tinggi yang mempunyai kad diskaun
siswa boleh membeli tablet tersebut dengan diskaun istimewa.
Mereka
yang berminat boleh menempah secara dalam talian di laman web
www.maltechpro.com atau mengunjungi ejen jualan yang terdapat di seluruh
negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan