MALAYSIA KINI
Kumpulan
mahasiswa hari ini mendakwa terdapat campur tangan Polis Diraja
Malaysia (PDRM) dalam pilihan raya kampus di seluruh negara pada tahun
ini.Menurut Pro-Mahasiswa Nasional, polis terlibat secara langsung apabila tiga anggotanya - seorang dikenali sebagai pegawai kanan - mengambil bahagian dalam mesyuarat penyelarasan pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
"Penglibatan wakil daripada PDRM seramai tiga orang dalam Opps 2020 ini membuktikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga mengetuai komponen BN begitu tersepit...," kata Edikorp (atas, berbaju belang).
Menurut Edikorp lagi, BN juga terpaksa menggunakan PDRM demi kelangsungan politik mereka pada pilihan raya umum ke-13 nanti.
Justeru, kumpulan itu menggesa Najib dan tiga pegawai polis terbabit memberikan penjelasan berhubung dakwaan itu.
"Sebelum ini, sebagai contoh, dalam pemilihan presiden Majlis Beliau Malaysia, nama perdana menteri dikaitkan dengan calon.
"Saya tanya perdana menteri sendiri dan beliau menafikannya. Menurutnya, beliau menghormati ruang kepada anak muda untuk membuat keputusan berhubung kepimpinan mereka," katanya melalui SMS kepada Malaysiakini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan