Ahad, 6 Mei 2012

Saifuddin tetap tegaskan timbalan SPR adalah ahli Umno


KUALA LUMPUR— Datuk Saifuddin Nasution hari ini menafikan beliau telah tersilap apabila menuduh timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar menjadi ahli Umno Kubang Bunggor, Pasir Mas.

Setiausaha Agung PKR itu menegaskan "kesalahannya" adalah tidak bermakna Wan Ahmad bukan ahli Umno, menjelaskan timbalan pengerusi SPR itu sebelum ini mengakui menyertai Umno.

"Ia mungkin berlaku (kesilapan). Umno ada 3.3 juta ahli, saya mungkin tersilap cawangan Wan Ahmad.

"Tapi Wan Ahmad sendiri mengakui. Beliau sebelum ini mengakui menjadi ahli Umno, cuma beliau tidak ingat bila ... jadi, beritahu kami, cawangan mana?" kata Saifuddin kepada The Malaysian Insider.

Wan Ahmad sebelum ini menafikan dakwaan itu, dan menyifatkannya sebagai tuduhan untuk merosakkan nama baik dan imej badan berkenaan.

Kenyataan Wan Ahmad itu dilihat bercanggah dengan kenyataan yang dibuatnya kepada Sinar Harian sebelum ini yang mengakui beliau adalah ahli Umno namun terlupa cawangan yang didaftarnya.

Sinar Harian hari ini turut melaporkan seorang ahli Umno, Wan Ahmad Wan Omar berkata Saifuddin telah mengelirukannya dengan timbalan SPR Datuk Wan Ahmad, kerana kedua-duanya memiliki nama yang serupa.

Peniaga itu berkata beliau terkilan dengan Saifuddin dan simpati terhadap Datuk Wan Ahmad yang dijadikan subjek kritikan.

"Tak kira apa pun, kenyataan Datuk Wan Ahmad telah berubah - sebelum ini beliau kata beliau ahli Umno, sekarang bukan ahli Umno.

"Jika beliau bukan ahli cawangan Pasir Mas, beliau perlu menjelaskan cawangan mana," kata Saifuddin.

Bila ditanya sama ada beliau mengesahkan laporan Sinar Harian hari ini berkenaan ahli Umno Wan Ahmad, bukanlah orang yang sama dengan timbalan pengerusi SPR itu, ahli Parlimen Machang ini berkata : "saya belum semak dengan sumber saya".

Setiausaha Agung PKR itu mendakwa timbalan pengerusi SPR itu ahli Umno cawangan Kubang Bunggor Umno di Pasir Mas, Kelantan yang mana mempunyai 2,374,564 ahli.

Wan Ahmad, bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan Saifuddin mungkin merujuk pada ahli Umno dengan nama yang sama.

SPR telah menerima kritikan yang membawa kepada perhimpunan Bersih pada 9 Julai tahun lalu yang mana ribuan rakyat membanjiri kawasan jalanan dan 1,500 ditahan dan cedera.

Putrajaya telah mengambil langkah mewujudkan jawatankuasa pilihan khas Parlimen (PSC) bagi menangani perkara berkaitan pembersihan daftar pemilih.

Ketika tempoh enam bulan jawatankuasa itu, Pakatan Rakyat (PR) menuduh SPR tidak komited melakukan perubahan dan mereka menolak syor panel terbabit yang kemudian tercetusnya Bersih 3.0 sabtu lalu.

Pertubuhan dengan gabungan 84 NGO itu menegaskan syor PSC itu tidak memuaskan hati mereka dan tidak memenuhi tuntutan mereka dalam penambah baikan pilihan raya.

Tiada ulasan: