Rabu, 16 Mei 2012

Program belia di parlimen Najib hambar

 
Ketua PKR Pekan, Mohd Jafri Abdul Rashid memberitahu itu program politik Najib.




PETALING JAYA: Majlis Karnival Belia Pekan, Sabtu lalu yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan tidak mendapat sambutan.

“Hanya berapa ribu yang datang dari anggaran penganjur iaitu 10, 000. Banyak banya meja jamuan yang kosong kerana belia meninggalkan lebih awal.

“Najib pun tidak menjamah makanan itu,” kata seorang remaja yang menghadiri karnival tersebut.

Katanya, meja makan di dalam dewan serta di luar juga kosong kerana belia tidak mahu makan hidangan yang disediakan.

Ketua PKR Pekan, Mohd Jafri Abdul Rashid memberitahu, “Itu program politik Najib.”

“Beliau yang datang itu diangkut dari tempat lain.”

PAS pula mendakwa, Najib meninggalkan majlis sebelum sempat menjamah hidangan jamuan petang yang diadakan di dewan Majlis Daerah Pekan.

Tiada ulasan: