Ahad, 13 Mei 2012

Perkasa: Tubuh unit pemantau NKRA Bumiputera

SINAR HARIAN
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali
 
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali
 
 
TAWAU - Perkasa mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan sebuah unit pemantau khas bagi memantau perkembangan, kemajuan dan pencapaian kepentingan ekonomi kaum Bumiptera dalam semua sektor di negara ini.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, unit itu yang dinamakan Unit Pemantau Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Agenda Bumiputera, bertanggungjawab melaporkan perkembangan dan kemajuan kepentingan ekonomi kaum Bumiputera kepada kerajaan agar matlamat pemilikan 30 peratus ekuiti ekonomi dikalangan Bumiputera menjelang 2020 dapat dicapai.

"Unit ini akan melaporkan secara berkala, paling kurang dua bulan sekali, dalam semua sektor bagaimana pencapaian agenda ekonomi bumiputera dalam semua bidang," katanya.

Ibrahim berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Perkasa Pribumi Sabah di sini hari ini.

Katanya, cadangan itu merupakan sebahagian daripada desakan Perkasa kepada kerajaan supaya mengadakan lebih banyak tindakan berbentuk 'affirmative' untuk mengangkat ekonomi kaum bumiputera, termasuk di Sabah. - Bernama

Tiada ulasan: