Ahmad Fadli KC
Ahli
Parlimen Kapar, Manickavasagam mendakwa seorang pemimpin kanan dalam
pergerakan Pemuda MIC telah menyerang dan mencederakan anggota rombongan
PKR yang cuba bertemu perdana menteri di Putrajaya pagi tadi.

Justeru,
bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari
ini, beliau menggesa polis menangkap pemimpin berkenaan dengan segera.
Sementara itu, Naib Presiden PKR N Surendran yang bersama rombongan itu
mendakwa, akibat insiden itu Ketua Cabang PKR Puchong dikenali sebagai
Murali kini terlantar di Hospital Putrajaya.
Surendran mendakwa pemimpin itu dan beberapa samseng berbuat demikian berhampiran pintu masuk pejabat perdana menteri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan