Jumaat, 18 Mei 2012

Pakatan serah DBKL memo protes ganggu Ambiga

Wartawan Sinar Harian
 
KUALA LUMPUR - Wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR)  Wilayah Persekutuan pagi ini menyerahkan memorandum kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail berhubung tindakan pihak tertentu membuka gerai burger di hadapan rumah Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S.Ambiga minggu lalu.

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata, memorandum dihantar sebagai tanda bantahan kerana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang sepatutnya bertindak cepat menghalang perkara ini berlaku.

"Ini merupakan kawasan kediaman, sepatutnya pihak berkuasa tempatan harus peka kerana ia melanggar Akta Jalan Parit Bangunan 1987 kerana membuat kacau ganggu di jalan keluar masuk individu... menggangu ketenteraman individu, boleh didenda RM1,000.

Tiada ulasan: