Sekumpulan
seniman bebas menyampaikan penghargaan kepada pengerusi bersama BERSIH,
Datuk A Samad Said atas pengorbanan yang ditunjukkan Sasterawan Negara
itu dalam membela hak rakyat.
Pemimpin utama Kumpulan Kartunis Independen, Zunar (foto) berkata anugerah Seniman Rakyat itu diberikan atas pengorbanan tenaga, minda, bakat dan titik peluh oleh A Samad.
"Hari ini kami, Kumpulan Kartunis Independen mengiktiraf seorang seniman, budayawan yang mengabdikan karya-karyanya demi membela rakyat, demi membuka mata rakyat dan sentiasa berjuang di garis depan membimbing rakyat.
"Beliau tidak mengharapkan darjat dan kebesaran malah sanggup menempuh rintangan biar berdepan dengan kekuasaan dan hujung senapang demi sebuah prinsip dan kehormatan sebagai manusia," katanya.
Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwar ulHaque berkata tidak memadai sekiranya seorang seniman hanya berjaya menghasilkan karya seni demi keuntungan peribadi tetapi mengabaikan penderitaan rakyat di sekeliling.
Seniman seharusnya mengabdikan karya "untuk kepentingan rakyat terbanyak, membela rakyat tertindas dan perakam denyut nadi rakyat," katanya dalam ucapan di satu majlis KKI di Kuala Lumpur semalam.
Perhimpunan BERSIH 3.0 untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil yang dipimpin A Samad menarik kehadiran sehingga 100,000 orang pada 28 April lalu.
Dalam ucapannya selepas itu, A Samad turut memberikan semangat kepada kartunis dan seniman supaya terus memperjuangkan kebebasan dan menjaga hubungan dengan tuhan.
"Kalau ada halangan, rempuhlah kerana itulah maruah seorang seniman," katanya yang turut menceritakan pengalaman beliau mengadakan protes 'duduk bantah' di Kuala Lumpur.
Majlis ringkas itu turut diserikan dengan persembahan lagu Mentari Kuning, Menyalalah yang turut disertai Pak Samad dengan isterinya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan