Rabu, 23 Mei 2012

NFC saman Public Bank dakwa langgar BAFIA

UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR  - Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), syarikat-syarikat berkaitan dengannya dan pengerusinya hari ini memfailkan saman di Mahkamah Tinggi di sini terhadap Public Bank Bhd. (Public Bank) kerana didakwa melanggar Akta Perbankan dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA).

Peguam cara yang mewakili NFC menyatakan, pelanggaran keselamatan di bawah akta itu membolehkan Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Rafizi Ramli mendramatikkan, menanam rasa benci dan memberi gambaran yang salah untuk memburuk-burukkan NFC dengan pihak kerajaan, orang awam dan komuniti kewangan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh NFC hari ini, NFC mendakwa, akibat daripada tindakan itu juga, pusat berkenaan telah mengalami kehilangan yang tidak dapat ditebus selain reputasi serta kredibiliti mereka yang terjejas.

Tiada ulasan: