DIA tidak pernah merancang untuk memilih lelaki berbangsa asing
sebagai teman hidup atau menunjuk-nunjuk kepada orang lain bahawa
dirinya juga mampu menakluk hati lelaki bukan Melayu.
Apa yang dilalui oleh penyanyi Nurul Huda Abdul Wahab, 35, adalah di luar jangkaan sama sekali tanpa siapa dapat menduga.

Nurul, yang popular dengan lagu Cinta Azali menerusi album sulung,
bakal menamatkan zaman janda dengan lelaki Perancis, Eric Daniel Depp,
47, pada 6 Jun ini di Duchess Place, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
“Saya tidak mengharap atau menentukan apa warna kulit dan bangsa untuk menjadi suami kerana saya melihat pada hati. Dan, Dia hantarkan Eric kepada saya.
“Saya malas memikirkan soal jodoh kerana sebelum ini saya pernah dikecewakan sebanyak dua kali. Malah pertemuan dengan Eric itupun saya anggap perkenalan biasa dan tidak sangka boleh sampai ke peringkat ini," jelas Nurul yang sudah lima tahun hidup menjanda.
Ditanya bagaimana perasaannya untuk bergelar isteri kepada lelaki mualaf yang baru memeluk agama Islam pada 13 Februari lalu, Nurul tahu banyak yang perlu dia lalui.
Dalam menerima takdir dengan penuh gembira, Nurul juga sedar dia perlu memainkan peranan untuk membimbing bakal suaminya dalam soal keagamaan.
“Kalau dari segi kehidupan, Eric mempunyai ciri-ciri pemimpin. Mungkin kerana kami pernah melalui kehidupan berumahtangga sebelum ini, jadi masing-masing tahu apa yang perlu diperbaiki dalam hubungan kelak.
“Bagaimanapun, saya yang perlu membimbingnya dalam hal agama. Bagi saya hasratnya memeluk agama Islam itu pun sudah besar rahmatnya. Bagaimanapun saya tidak terlalu risau kerana apa yang penting dia adalah seorang lelaki bertanggungjawab," katanya mengenai lelaki yang sudah enam tahun menetap di Malaysia.
Malah, pilihan Nurul itu turut mendapat sokongan daripada anak tunggalnya, Ayu Nazirah.
Majlis pernikahan dan resepsinya dengan lelaki dari Perancis itu akan bermula pada pukul 11 pagi.
Eric yang dikenalinya sejak September 2010 dan mula serius dalam perhubungan cinta sejak Januari tahun lalu, melamar Nurul pada 14 Februari tahun lepas. Dalam kejadian di hadapan keluarga lelaki tersebut, Nurul turut dihadiahkan sebentuk cincin tanda ikatan.
Nurul yang impikan majlis santai berkonsep taman itu pada hari pernikahan kelak akan mengenakan pakaian tajaan dan rekaan Rizman Ruzaini dan Bon Zainal untuk lelaki.
“Selain tajaan pakaian, ada lima penaja yang sudi menaja majlis perkahwinan saya termasuk pengedar kain, Jakel dan pereka pelamin, Perunding Perkahwinan Zahar," kata Nurul yang mengundang kira-kira 200 tetamu pada hari bahagianya kelak.
Sementara majlis resepsi di sebelah pihak lelaki akan diadakan di Bali, Indonesia pada 14 Jun depan, sekali gus dengan bulan madu.
Bila ditanya, adakah dia akan mengundang bekas suami, Ajai, pantas sahaja Nurul berkata, tidak.
“Dia tidak ada kena mengena dengan kehidupan saya hari ini. Apa yang penting, anak dan adik-beradik saya hadir, itu sudah memadai," katanya.-Utusan

Tiada ulasan:
Catat Ulasan