Khamis, 17 Mei 2012

Mogok lapar demi kebebasan


MALAYSIA KINI
Anak lelakinya Mohamad Fadzullah Abdul Razak antara tahanan yang melancarkan mogol lapar bagi menuntut kebebasan daripada penjara Kamunting ekoran pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Berbaju kurung motif bunga-bunga dan bertudung putih bersih, Hadijah CP Veeravu, 51, kelihatan tenang berbicara tentang keadaan anaknya.

NONETetapi selepas ditanya berhubung mogok itu, suaranya bergetar.

Namun, dengan keyakinan teguh, ibu kecil itu berkata, beliau tidak akan sesekali menasihatkan Fadzullah, 30, menamatkan mogok kerana mereka menaruh harapan yang tinggi untuk kebebasan.

Surat-surat Fadzullah, yang ditulis seminggu sekali sebelum terhenti baru-baru ini, berbaur antara keceriaan dan kepiluan.

Sejurus selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemansuhan ISA, Fadzullah menulis:

"Sekarang ini banyak betul gosip. Masing-masing dok meneka bila bebas. Umum nak mansuh, tapi tak mansuh lagi. Sabar je la. Ada rezeki tak ke mana. Insya-Allah."

Tiada ulasan: