Selepas Malaysia Airlines terus mencatatkan kerugian
untuk suku pertama tahun 2012 berdasarkan laporan berita di Buletin
Utama, MAS akhirnya bertindak mahu menawarkan cuti sukarela, cuti tanpa
gaji sehingga tempoh 2 tahun tanpa gaji bagi mengurangkan kos operasi
MAS…..
Nah, sudah kelihatan sudah nampak natijahnya jika sesuatu entiti tidak diuruskan dengan baik. Kerugian demi kerugian terus direkod oleh Malaysia airline (MAS). Baru 2 bulan sahaja, sudah mencatatkan kerugian sejumlah RM171 juta.
MAS menawarkan pekerja-pekerjanya 2
tahun cuti tanpa gaji secara sukarela kerana berlaku penurunan
pendapatan dan pengstrukturan semula bagi manjimatkan kos operasi
organisasi. Kali terakhir, program VSS dilakukan MAS adalah pada 2005 di
bawah Datuk Idris Jala.
Prestasi kewangan MAS Suku Pertama 2012 (Suku Pertama 2012)
Mungkin MAS selepas ini boleh mula
mempertimbangkan pesawat model 73-9 berbanding 73-8 yang masih dianggap
“generasi lama”. Ini kerana model pesawat 73-9 yang dikira pesawat
generasi baru lebih jimat minyak, lebih mempunyai ciri keselamatan yang
tinggi dan lebih moden dan canggih. Mungkin MAS boleh
dipertimbangkan…Mungkin?
Tapi bagaimana MAS mahu untung, jika
kontrak pembekal makanan diberikan untuk yang sungguh panjang iaitu 25
tahun lamanya kepada _______. Bagaimana kalangan mereka ini boleh dapat
kontrak pembekal makanan kepada MAS dengan kontrak yang cukup istimewa
ini? Ini tak lain tak bukan, semuanya kerana _______ yang
menjahanamkan MAS. Orang yang berkepentingan “kenyang”, akhirnya
kakitangan MAS menerima “musibahnya”.
- MAS perlu re-branding balik jenama dan servis mereka
- Singkirkan unsur politik dan yang berlebihan dalam MAS
Laporan Berita The Star Mengenai Tindakan MAS Menawarkan Cuti Sukarela Kepada Kakitangannya
The Star hanya mengambil contoh
Singapore apabila SIA bertindak menawarkan cuti sukarela kepada
kakitangannya. Di sini apa yang kami perhatikan apabila cuti tanpa gaji
nak ikut singapore (mahu mencontohi Singapoer), tetapi bagaimana dengan
perbandingan tahap gaji antara SIA VS MAS? Kakitangan SIA, mereka
confirmed 13 bulan setahun. Boleh MAS mencontohinya?
Walaubagaimanapun, kami sempat membuat semakan berdasarkan laporan Yahoo Malaysia yang dipetik daripada Agensi
menunjukkan memang benar apa yang dilaporkan oleh laporan The Star di
mana Singapore Airline ada membuat menawarkan cuti tanpa gaji secara
sukarela sekitar bulan MAC 2012 yang lalu. Tetapi…..
Ha….ada tetapinya, bezanya di sini :
Singapore Airline menawarkan cuti sukarela tanpa gaji kepada kakitangan Singapore Airline (SIA)
disebabkan keuntungan yang diperolehi SIA telah mula menurun dek kerana
mengambil kira faktor beberapa faktor termasuklah jumlah bilangan
penumpang yang mula menampakkan kadar penurunan dan pemintaan kargo dari
Eropah dan tidak lupa juga kenaikan kos bahan api.
Kenaikan kos bahan api memberikan kesan kepada Singapore? Semestinya…kerana Singapore tiada minyak, mereka (Singapore) terpaksa import minyak.
Malaysia? Malaysia ada minyak, Malaysia negara pengeksport minyak.
Itulah antara sebabnya Singapore mula mencatatkan pengurangan keuntungan
sehingga memaksa mereka menawarkan cuti sukarela kepada kakitangannya.
Sebelum ini kami pernah mengeluarkan laporan berita mengenai Proton bertajuk “Chedet : Kerajaan Perlu Bantu & Lindungi Proton Secara Berterusan!! Kos Menghasilkan Model Baru Telah Meningkat!”
untuk tujuan menegur dengan harapan mahu melihat Proton yang ditatang
bagai minyak yang penuh oleh kerajaan selama ini untuk bangkit, begitu
juga saranan yang kami lontarkan sama kepada pihak MAS. Jangan libatkan dan benarkan orang politik yang berkepentingan mengacau perjalanan perniagaan dan operasi anda.
Berikan ruang dan peluang kepada
golongan yang bermahiran dalama industri penerbangan menentukan apa yang
terbaik kepada MAS selama ini. Jikalau kakitangan MAS dipelawa untuk
“berkorban” dengan cara bercuti tanpa gaji secara sukarela di atas
kerugian yang dialami oleh MAS selama ini, mengapa tidak kelompok atasan
MAS juga mengambil tindakan secara sukarela mengurangkan gaji setiap
seorang ?
Adakah mahu “cuci tangan” dan meletakkan beban sepenuhnya
kepada kelompok bawahan sahaja?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan