Jumaat, 18 Mei 2012

Lesen Peniaga Makanan Remeh Luar Sekolah Ditamatkan





SHAH ALAM : Lesen bagi peniaga makanan di luar kawasan sekolah tidak akan diperbaharui, manakala mereka yang tidak mempunyai lesen diminta menghentikan aktiviti mereka dengan serta merta.

Keputusan ini susulan daripada mesyuarat bersama Kerajaan Selangor dan Kerajaan Pusat yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada April lalu.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu Tian Khiew berkata mereka yang mempunyai lesen boleh meneruskan perniagaan sehingga lesen tamat.

“Ini disebabkan aduan daripada ibu bapa yang mengatakan pembelian bahan makanan tidak berkhasiat dari peniaga ini menyebabkan anak mereka mengalami obersiti atau kegemukan.

“Ia adalah satu usaha bagi mencegah kejadian tidak diingini seperti ini,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat Kerajaan Selangor di sini hari ini.

Menurutnya, semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor telah dimaklumkan dan mereka tidak akan lagi mengeluarkan lesen bagi peniagaan tersebut.

“Lesen ini tidak akan disambung lagi selepas ini,” katanya.

Tiada ulasan: