Sabtu, 19 Mei 2012

Lebih 15,000 Pesakit Tunggu Organ - KP Kesihatan

MSTAR ONLINE

KUCHING: Dianggarkan lebih 15,000 pesakit di Malaysia sedang menunggu untuk mendapatkan pemindahan organ, dan majoritinya adalah pesakit buah pinggang, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman.

Beliau berkata, memandangkan angka itu dijangka meningkat dalam tempoh beberapa tahun akan datang, cabaran utama kementerian ialah merapatkan jurang antara permintaan dan bekalan organ serta sel tisu manusia di negara ini.

"Amat malang untuk mengetahui jumlah pesakit yang menjalani rawatan dialisis meningkat lebih tiga kali ganda dalam tempoh sepuluh tahun lepas, seperti yang dilaporkan Daftar Dialisis dan Transplan Malaysia, iaitu daripada 7,800 pesakit dialisis pada 2001 kepada 23,000 pada 2010," katanya pada pembukaan Mesyuarat Saintifik ke-15 Persatuan Transplan Malaysia 2012 di sini, Jumaat.

Teks ucapan beliau dibacakan Pengarah Jabatan Kesihatan Sarawak Dr Zulkifli Jantan.

Meskipun kadar derma organ di Malaysia dianggap rendah, iaitu kira-kira 0.6 untuk sejuta penduduk, Dr Hasan berkata, perlu diakui ia menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini dengan 29,500 penderma yang meninggal dunia dicatat tahun lepas, jumlah tertinggi sejak 1975 (47 penderma).

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, kementerian tidak menggalakkanrakyat ke luar negara untuk melakukan pemindahan komersial, menerusi kajian danpelaksanaan polisi termasuk yang berkaitan dengan pembekalan imunosupresan.

Baru-baru ini, katanya, kementerian mengeluarkan garis panduan berhubungpendermaan organ daripada penderma hidup yang tidak ada kaitan kekeluargaan, perlu mendapat penilaian dan kelulusan satu jawatankuasa bebas iaitu Jawatankuasa Kelulusan Transplan Tiada Kaitan Kekeluargaan (UTAC). - BERNAMA

Tiada ulasan: