KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak paling takut menghadapi kekalahan dalam pilihan raya umum kerana jika itu berlaku, beliau akan diheret sebagai saksi perbicaraan Scorpene di Perancis, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.
Beliau merujuk kes sama yang terjadi ke atas diktator Chile, Agusto Pinochet yang ditangkap hanya selepas tidak lagi memegang kuasa.
“Najib paling takut kalau kalah pilihan raya umum ke-13. Bila menjadi orang biasa, dia boleh didakwa di Perancis sekiranya menjejakkan kaki di mana-mana negara Kesatuan Eropah (EU),” jelas Tian.
Katanya, selaku ketua negara, Najib masih boleh membuat permohonan untuk mengenepikan perintah mahkamah apabila waran dikeluarkan untuk membantu siasatan kelak.
“Boleh jadi dalam masa terdekat, dia tiba-tiba muncul di Paris dan bersalaman dengan presiden baru Perancis, Francois Hollande. Kononnya ‘bukti’ dia berani ke Eropah dan tak didakwa. Sedangkan, ini kerana imuniti Najib sebagai ketua negara,” jelas Tian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan