Rabu, 23 Mei 2012

Isu RM10j: MP Kapar mahu saman Dr Khir

Wartawan Sinar Harian

 Isu RM10j: MP Kapar mahu saman Dr Khir
 
S.Manikavasagam (kanan) menunjukkan tajuk muka hadapan akhbar Sinar
Harian 17 Mei lalu yang menyiarkan kenyataan Dr Khir.
 
 
PETALING JAYA – Ahli Parlimen Kapar S.Manikavasagam akan mengambil tindakan mahkamah terhadap Dr Mohamad Khir Toyo berhubung kenyataan yang mendakwa dirinya meminta wang RM10 juta untuk keluar dari PKR dan menjadi Ahli Parlimen Bebas.

Beliau berkata kenyataan tersebut sama sekali tidak berasas dan sengaja mahu mengaibkan dirinya sebagai seorang Ahli Parlimen.

“Saya tegaskan lagi, kali pertama saya terjumpa dia (Dr Khir) pada pertemuan di Hotel Blue Wave itu dan kalau benar saya ada beberapa kali hubungi beliau sebelum pertemuan di Hotel Grand Blue Wave sila kemukakan bukti ,” katanya pada sidang media khas, semalam.

Turut hadir Ahli Parlimen Kelana Jaya ,Gow Burne Loh dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.

Menurutnya tindakan menyaman bekas menteri besar itu terpaksa diambil berikutan Dr Khir sebelum ini mendakwa beliau ada bertemunya selepas ceramah di Kuala Selangor pada akhir 2008 meminta sejumlah wang untuk keluar parti sedangkan perkara itu tidak berlaku.

Beliau yang juga Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan membuat laporan polis hari ini berhubung artikel yang dikeluarkan oleh portal Sel13.com kerana menyiarkan berita tidak benar mengenai dirinya.

“Saya akan buat laporan di Balai Polis Meru melibat individu bernama Fakhrul Radzi Adam yang dan juga portal Sel13.com kerana terbabit menyiarkan fitnah jahat terhadap diri saya,” katanya.

Tiada ulasan: