Rabu, 23 Mei 2012

Interpol berhak tangkap Najib & Zahid

KL TODAY

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi akan disapina agar datang ke Mahkamah Perancis untuk memberikan keterangan.Peguam Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang baru pulang dari Perancis, Fadiah Nadwa Fikri berkata, pihaknya telah memaklumkan kepada mahkamah Perancis tentang saksi-saksi yang akan dipanggil itu.

Turut disenaraikan sebagai saksi adalah bekas penasihat Najib, Abdul Razak Baginda dan isterinya, Mazlinda.

Mahkamah Perancis sedang menyiasat dakwaan rasuah dalam pembelian dua kapal selam Scorpene yang dibuat oleh syarikat Perancis.

“Bila kami berjumpa dengan hakim pada 16 Mac lalu, kami telah serahkan senarai saksi yang perlu disapina agar datang ke mahkamah.

“Kami memberikan nama Najib Razak, Zahid Hamidi and Razak Baginda,” kata Fadiah dengan dalam ceramahnya di Third Mile Bazaar, Kuching, Ahad lepas, lapor Free Malaysia Today.

Apabila kesnya difailkan di Perancis, Zahid berkata, beliau akan memberikan kerjasama penuh.

Namun, baru-baru ini, selepas namanya disebutkan sebagai saksi, Zahid berkata, beliau keberatan untuk pergi ke sana kerana tidak ada dana yang cukup untuknya.

“Siapa akan membayar kos penerbangan dan hotel saya di Perancis,” soal Zahid.

Fadiah dalam ceramahnya berkata, rakyat Malaysia sedia membayar kos penerbangan dan hotel Zahid di Perancis asalkan beliau sedia memberikan keterangan.

Menurut beliau, jika mereka enggan datang menjadi saksi selepas sapina dikeluarkan, mahkamah akan mengeluarkan notis sekali lagi.

Jika gagal hadir juga, mahkamah akan mengeluarkan waran tangkap untuk memaksa mereka hadir.

“Dan jika mereka gagal lagi, Interpol (International Police) boleh mengeluarkan amaran dan boleh ditangkap dan dibawa ke Mahkamah Perancis,” kata Fadiah dipetik.

Sementara itu, rakyat Malaysia mula memberikan respon ke atas laporan ini dengan berkata mereka sedia menyumbang untuk membolehkan mereka berdua (Najib dan Zahid) menjadi saksi.

“Saya akan menyumbangkan RM1.00 dari wang yang saya cari dengan susah payah untuk menampung kos mereka. Jika tak cukup, saya boleh tambah RM1.0 lagi,” kata Cheong Seng Keong.

Namun katanya, “Saya tidak mahu menyumbang untuk kondom mereka.”

Tiada ulasan: