Khamis, 17 Mei 2012

CIJ: Liputan politik akhbar TheSun paling neutral


Akhbar theSun secara perbandingannya, memberi liputan politik yang paling neutral di kalangan empat lagi akhbar utama, berdasarkan kajian oleh Pusat Bagi Kewartawanan Bebas (CIJ).

Dalam Laporan Kebebasan Bersuara 201, CIJ memperincikan pemantauannya ke atas empat akhbar - New Straits Times (NST), The Star, Utusan Malaysia dan theSun - untuk membandingkan liputan mereka untuk BN dan Pakatan Rakyat.

Daripada empat akhbar tersebut, hanya theSun, yang diedarkan percuma, memberi liputan positif kepada Pakatan manakala tiga akhbar lagi hanya memberi liputan negatif atau neutral kepada pakatan pembangkang.

NONEIa juga merupakan satu-satu akhbar yang memberi BN beberapa
liputan negatif, manakala tiga akhbar lagi hanya memberikan liputan positif atau neutral kepada parti pemerintah.

Secara keseluruhannya, akhbar-akhbar berkenaan menyebelahi BN -  dari segi liputan serta gambaran positif mengenai kerajaan.

NST paling banyak menyebut BN, dalam 95 peratus beritanya, dengan The Star dan theSun masing-masing 89 peratus dan 90 peratus.

Dua pertiga daripada liputan mengenai BN dalam NST dan The Star adalah positif, dengan baki satu pertiga neutral.

Hanya theSun memberikan liputan lebih neutral daripada positif kepada BN, dengan 44 peratus berita mengenai BN yang mempunyai sudut positif dan 52 peratus lagi merupakan liputan yang neutral.

Menariknya, Utusan Malaysia memberikan liputan paling luas kepada Pakatan, dengan 54 peratus daripada beritanya  menyebut Pakatan.

Bagaimanapun, 77 peratus liputan mengenai parti-parti pembangkang itu adalah berunsur negatif.

Tiada ulasan: