Jumaat, 25 Mei 2012

Buli Ambiga Tindakan Pengecut





SHAH ALAM 25 MEI : Tindakan sesetengah pihak yang terus-menerus melakukan huru-hara di hadapan rumah Datuk S Ambiga dilihat sebagai tindakan pengecut, kata Dr Yaakob Sapari.

Beliau mengulas tindakan sekumpulan yang mendakwa penjaja/peniaga di Jalan Tunku Abdul Rahman bahawa mereka mengalami kerugian akibat himpunan ‘Duduk dan Bantah’ BERSIH 3.0 pada 28 April lalu.

Bagi Dr Yaakob, beliau yang tuut hadir bersama-sama 250,000 orang berhimpun di Kuala Lumpur baru-baru ini, menganggap perhimpunan ini sebagai satu peluang yang besar kepada para peniaga bagi memperolehi pendapatan jauh lebih besar.

“Jika 250,000 orang ini membelanjakan RM10 seorang, bermakna peniaga bakal memperoleh RM 2.5 juta.

“Saya lihat bahawa orang ramai bersesak- sesak mahu masuk ke restoran-restoran yang dibuka pada hari itu. Malah, saya hendak membeli roti dan air kotak pun semuanya habis,” ujar Dr Yaakob yang juga Exco negeri yang bertanggungjawab terhadap usahawan di Selangor.

Beliau turut menyatakan bahawa di negara-negara maju, perhimpunan aman juga diadakan, tetapi kedai-kedai khususnya kedai makan di sana tidak tutup sebagaimana di Malaysia.

Justeru, para peniaga seharusnya bersikap positif bilamana pelanggan ramai. Dalam dunia ekonomi, ramai pelanggan bermakna banyak keuntungan.

Kumpulan anti-BERSIH yang dikepalai Datuk Jamal Md Yunus juga yang merancang untuk berniaga di hadapan rumah Pengerusi Bersama BERSIH 2.0 hari ini tetapi membatalkan hasrat selepas tidak mendapat kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Tiada ulasan: