Selasa, 15 Mei 2012

BN tidak dapat tawan Selangor jika PRU bulan Jun, kata Dr Ling





KUALA LUMPUR— Barisan Nasional dijangka bakal menawan kembali Selangor dalam Pilihan Ryaa Umum ke-13 (PRU13) jika Parlimen dibubarkan bulan hadapan,” kata bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik.

Dr Ling berkata kerajaan persekutuan masih lagi belum bersedia kerana masih lagi ada beberapa isu yang tidak selesai yang bakal memberikan kesan terhadap pekimpinan negara pada masa akan datang.

“Tarikh paling sesuai untuk PRU adalah debat yang tidak memberiakn hasil. Bila nak lakukan pilihan raya? bila masa yang sesuai, tetapi sebaliknya anda belum bersedia,” katanya kepada akhbar Sin Chew dalam temubual yangdisiarkan hari ini.

“Untuk lebih jelas, BN tidak pasti akan menang dalam PRU akan datang. Saya rasa (BN) masih belum bersedia. Ada yang kata Jun, tapi saya tidak tahu jika mereka berani (mengadakan pilihan raya pada Jun), banyak isu masih belum selesai,” kata bekas menteri pengangkutan ini lagi.

Dr Ling (gambar) turut berkata, beliau tidak yakin BN akan berjaya menawan Selangor kembali daripada Pakatan Rakyat (PR).

Ini jelasnya, kebanyakan kepimpinan PR di Selangor tidak terlibat dengan isu gejala moral dan rasuah kecuali Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr Ling turut memuji kepimpinan PR seperti Tan Sri Khalid Ibrahim dan Lim Ketua Menteri Pulau Pinang Guan Eng yang bebas daripada skandal rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Tambahnya, kewujudan sistem dwi-partisan yang sihat di Malaysia masih lagi berlaku berdasarkan pengamatannya daripada hasil PRU 2008 lalu.

“Tapi ia masih lagi bergantung kepada kualiti pembangkang, jika mereka teruk, jadi tidak akan implimentasi yang efektif terhadap sistem dwi-partisan tersebut.

“Jika bagus seperti di Pulau Pinang ... sebenarnya DAP telah melakukan yang terbaik namun ada sedikit perbalahan antara Pengerusi DAP, karpal Singh dan juga timbalannya Ramasamy,” katanya lagi.

BN tewas dua pertiga majoriti apabila tewas lima negeri kepada PR dalam PRU 2008 yang mana BN pada masa itu diterajui oleh Perdana Menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Selepas mengambil alih pada 2009, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mula melakukan transformasi dan pembaharuan bagi menarik kembali sokongan rakyat terhadap BN, termasuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan mewujudkan Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) untuk mengkaji semula sistem pilihan raya di negara ini.

Najib dijangka akan membubarkan Parlimen Jun depan selepas memberikan pemberian “one-off” kepada golongan berpendapatan rendah dan mengumumkan polisi kadar gaji minimum minggu lalu.

Tiada ulasan: