Jumaat, 4 Mei 2012

Bersih: Ketua Wanita MCA tolak desakan Ali Rustam

NORDIANA JOHARI

Ketua Wanita MCA Melaka
 
Ketua Wanita MCA Melaka
 
bersih
 
 
MELAKA – Ketua Wanita MCA Melaka, Datuk Kian Sit Har bertegas tidak akan meletakkan jawatannya walaupun didesak oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Menurutnya, jawatan yang disandang sejak 1975 itu adalah pilihan rakyat dan beliau harus menghormatinya.

“Saya menyertai perhimpunan Bersih di Dataran Pahlawan Sabtu lalu atas tiket peribadi, bukannya membawa parti MCA.

“Saya hormat beliau sebagai Ketua Menteri dan desakan itu pandangan beliau sendiri. Betul atau salah, saya tidak mahu cakap.

“Saya bersedia untuk bertemu beliau dan setakat ini saya tidak dikenakan tindakan apa-apa dari MCA, sebaliknya saya tetap akan meneruskan kerja saya dalam parti,” katanya di sini, semalam.

Sit Har berkata, penyertaannya dalam perhimpunan itu adalah disebabkan Bersih dianjurkan badan bukan kerajaan (NGO) yang membawa tuntutan pilihan raya adil, tiada rasuah dan penutupan projek pemprosesan nadir bumi, Lynas di Pahang.

Katanya, suara rakyat harus didengar dan kerajaan tidak harus berdiam diri berikutan undi yang membawa kemenangan kepada BN selama ini datangnya daripada rakyat.

“Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek turut memberitahu tiada halangan kepada ahli untuk menyertai Bersih dan beliau cukup bersifat terbuka,” katanya.

Tiada ulasan: