Selasa, 22 Mei 2012

BERSIH 3.0 : Anwar, Azmin, Chegu Bard Mengaku Tidak Bersalah





KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Tombalan Presiden PKR, Azmin Ali hari ini mengaku tidak bersalah ke atas dua tuduhan yang kenakan kepada mereka kerana didakwa terlibat atas tuduhan mengambil bahagian dalam protes jalanan, di bawah Akta Perhimpunan Aman 28 April lalu di Kuala Lumpur

Turut dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan yang sama ialah Badrul Hisham Sharin.

 Ketiga-tiga mereka mengaku tidak bersalah

.

Apabila tuduhan pertama dibacakan Anwar menjawab, “tujuan politik, minta bicara”.

Anwar juga menjawab “tak bersalah yang arif, buang masa mahkamah sahaja apabila tuduhan ke -dua dibacakan.

Mahkamah memerintah tertuduh diikat jamin RM500 tuduhan pertama dan bon persendirian untuk tuduhan ke dua.

Kes akan disebut semula pada 2 Julai.

Tiada ulasan: