Ketua
pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bekas peguam cara negara
II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden tentu mempunyai alasan kuat untuk
mewakili beliau dalam kes berhubung perhimpunan BERSIH 3.0.
Anwar
berkata tindakan tersebut membawa makna besar kepadanya kerana Yusof
merupakan bekas pegawai kanan di Pejabat Peguam Negara.
"Tentu
beliau ada alasan kuat dan kekuatan moral. Belum pernah dalam sejarah,
ketua pendakwa selesai kes terus 'menyeberang'. Tentu ini memberi
kekuatan kepada kes.
"Orang dalam kerajaan sedar bahawa kekotoran
dalam kerajaan dia tidak ingin pertahan semua," kata Anwar ketika
ditemui di Kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini.
Anwar juga berkata, ramai lagi rakan Yusof di Pejabat Peguam Negara yang mempunyai sikap yang sama.
Golongan berkenaan kini "menunggu masa untuk bersama saya," kata Anwar lagi.
Mohd
Yusof hari ini mewakil Anwar yang didakwa mengikut mengikut Seksyen
4(2) (c) Akta Perhimpunan Aman kerana didakwa mengambil bahagian dalam
yang perhimpunan BERSIH 3.0.
Tuduhan sama turut dibacakan ke atas
dua lagi pemimpin PKR – timbalan presiden Azmin Ali dan bekas ahli
majlis pimpinan pusat, Badrul Hisham Shaharin – atas dakwaan melanggar
perintah Majistret Zaki Asyraf Zubir, bertarikh 26 April yang melarang
perhimpunan di Dataran Merdeka dan kawasan yang bersempadan dengan Jalan
Sultan Hishamuddin, Jalan Raja dan Jalan Kelab.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 2.30 petang dan 3 petang pada 28 April.
Mereka
juga menghadapi satu lagi tuduhan di bawah Kanun Keseksaan, iaitu
bersama penyokong BERSIH 3.0 yang melebihi lima orang yang masih bebas,
dalam mencapai niat bersama, telah bersubahat dengan Tangam a/l Raju,
Rajesh Kumar a/l Gejinder dan Farhan bin Ibrahim @ Alias, telah
mengingkari perintah yang dikeluarkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir
pada 26 April.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan