Rabu, 23 Mei 2012

Ah long makin kejam guna bom petrol

MALAYSIA CHRONICLE

KUALA LUMPUR- Sebelum ini pemberi pinjaman wang haram atau ah long hanya merosakkan atau menyimbah cat merah ke atas premis, kediaman dan kenderaan peminjam yang gagal melunaskan hutang.

Namun, sejak akhir-akhir ini kumpulan ah long semakin melampau dan kejam apabila sanggup membakar rumah dan premis tanpa menghiraukan nyawa orang yang tidak bersalah.

Dalam kes terbaru kelmarin, dua beranak nyaris maut selepas kumpulan ah long melontar bom molotov cocktail di hadapan pintu rumah mereka di Taman Sentosa, Klang.

Bagaimanapun, dalam kejadian pada pukul 2 pagi itu, Ong Hwa Cheong, 44, dan ibunya yang dikenali sebagai Low, 69, terselamat selepas jiran mereka sempat memadam api yang membakar kasut di hadapan pintu.

Hwa Cheong berkata, jirannya terdengar bunyi letupan sebelum melihat api marak sebelum bertindak memadamkannya.-Utusan

Tiada ulasan: