Selasa, 22 Mei 2012

ACCIN, MAPIM & PUM: Menuntut Penjelasan Kerajaan Dan Pihak Berkenaan Dalam Isu Irsyad Manji

Editor Buletin


Dengan pelbagai usaha yang dilakukan oleh pelbagai pihak sama ada parti politik, NGO atau individu prihatin, Kami mewakili Allied Coordinating Committee of Islamic NGO’s (ACCIN) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) yang dianggotai oleh lebih 37 NGO Islam di seluruh negara, serta Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) amat kesal atas kegagalan Kerajaan Persekutuan menghalang kemasukan Irsyad Manji, program, pelancaran dan penjualan bukunya, “Islam, Liberty and Love” (Versi Bahasa Melayu) yang sarat dengan unsur Religiophobia dan Islamophobia, khasnya menfitnah dan menghina agama secara terbuka, khasnya pada Sabtu lepas, bertarikh 19 Mei 2012, pada 2.00 – 3.00 petang, bertempat di Dewan Perhimpunan Cina KL dan Selangor.

Kami juga ingin menyatakan kekesalan terhadap Dewan Perhimpunan Cina KL dan Selangor, ZI Publication, Emily Rees Associate dan beberapa pihak lain yang tidak sensitif terhadap peningkatan dan kemerbahayaan isu Religiophobia dan Islamophobia apabila sedia membantu tindakan tidak bertanggungjawab Irsyad Manji tersebut. Kami menuntut ucapan maaf atau penjelasan sewajarnya daripada pihak berkenaan di atas.

Kami juga menuntut penjelasan daripada Perdana Menteri dan Kerajaan, khasnya Jabatan Imigresen, Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan berhubung perkara di atas dan jaminan bahawa ia tidak akan berulang lagi pada masa hadapan.

Kami juga ingin mengucapkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Selangor, khasnya Jabatan Agama Islam Selangor yang telah menggunakan kuasa yang sedia ada untuk menghalang program Irsyad Manji yang dijadualkan pada pada Jumaat, bertarikh 18 Mei 2012, pada 1.00-2.00 petang di Monash University, Bandar Sunway, Selangor.

Ucapan penghargaan juga kami ucapkan buat Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) atas pembatalan program ceramah umum Irsyad Manji yang dijadualkan berlangsung di Mini Auditorium UIAM pada Isnin, 14 Mei 2012, jam 1.30-3.30 petang.

Akhirnya, kami ingin menegaskan bahawa tiada siapa wajar dinafikan haknya untuk memasuki mana-mana negara, asalkan mereka bersedia untuk menghormati undang-undang, agama dan budaya negara tersebut. Menyedari Irsyad Manji bukanlah individu yang bersedia menghormati perkara tersebut di atas, kami meminta agar Irsyad Manji dan individu seumpamanya tidak lagi diberi kebenaran memasuki negara ini pada masa hadapan. Atas dasar ini juga, kami menentang pengharaman kemasukan Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi ke Perancis pada tahun 2012 ini dan pengharaman kemasukan Sheikh Dr. Zakir Naik ke United Kingdom pada tahun 2010 dan sesiapa, bila dan di mana pun tanpa mengira agama, bangsa dan negara.


DATUK ZAINAL ABIDIN BIN AB. KADIR
Pengerusi ACCIN
019-2501700

TUAN HAJI MOHD AZMI BIN ABDUL HAMID
Setiausaha Agung MAPIM
019-4744856

DR. MOHD ROSLAN MOHD NOR
Setiausaha Agung PUM
013-9913048


AHLI GABUNGAN ACCIN DAN MAPIM
1.    ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia)
2.    Al-Hidayah (Persatuan Dakwah Islamiah & Kebajikan Saudara Baru India Se-Malaysia)
3.    Al-Hunafa (Persatuan al-Hunafa’)
4.    AMAL (Yayaan Amal Malaysia)
5.    ASB (Aqsa Syarif Berhad)
6.    Darul Fitrah (Persatuan Darul Fitrah)
7.    Darusshifa’ (Persatuan Kebajikan & Pengubatan Islam Malaysia)
8.    FORUM (Forum Umat Islam Pulau Pinang)
9.    GEPIMA (Pergerakan India Muslim Malaysia)
10.    HALUAN (Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia)
11.    IIS (Islamic Information and Services Foundation)
12.    IKRAM (Pertubuhan IKRAM Malaysia)
13.    IMAN (Interactive Muslimah Association)
14.    ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia)
15.    ITMAM (Yayasan Itmam)
16.    JAMAIY (Jaringan NGO Islam Perak)
17.    JAM’IYAH (Persekutuan Seruan Islam Selangor & W.P)
18.    JAM’IYAH (Persekutuan Seruan Islam Perak)
19.    JIM (Jemaah Islam Malaysia)
20.    MACMA (Malaysian Chinese Muslin Association)
21.    MAMPAT (Pusat Aduan Mampat)
22.    MUAFAKAT (Pertubuhan Muafakat Rakyat Sejahtera)
23.    MUAFAKAT (Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia)
24.    PAKSI
25.    PBMIIT (Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah)
26.    PM (Pemuda Masjid)
27.    PERKIM (Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia)
28.    PGPO (Perdana Global Peace Organisation)
29.    PKPIM (Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia)
30.    PUM (Persatuan Ulama’ Malaysia)
31.    RICOI (Research and Information Centre on Islam)
32.    SALIMAH (Pergerakan Muslimah)
33.    SHURA (Sekretariat Himpunan Ulama’ Rantau Asia)
34.    TERAS (Teras Pengupayaan Melayu)
35.    WADAH (Wadah Pencerdasan Umat Malaysia)
36.    WAMY (World Assembly of Muslim Youth)
37.    WEHDAH (Jaringan NGO Kedah)

Tiada ulasan: