Isnin, 21 November 2011

Zambry bentang bajet pilihan raya

Muhammad Faeez


IPOH: Ketua Pembangkang Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin menyifatkan Bajet 2012 yang dibentangkan oleh Menteri Besar, datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai bajet pilihan raya.

Beliau berkata, bajet yang mengalami defisit sebanyak RM 50.142 juta itu tidak menampakkan visi untuk membangunkan negeri, hanya bersifat pemberian.

“Pada prinsipnya, bajet ini ialah pengunaan wang hutang untuk diberikan kepada rakyat. Tiada langsung usaha-usaha untuk membangun dan memajukan negeri,” katanya ketika membuat sidang media sejurus sidang Dun Perak ditangguhkan, pagi tadi.

Tambahnya lagi, Bajet 2012 itu mengalami defisit yang sangat besar yang jelas berpunca daripada kepincangan pengurusan kewangan.

“ Ini menggambarkan Kerajaan Negeri Perak kepada sebuah negeri yang bankrap apabila pembelanjaan lebih daripada pendapatan,” tegasnya lagi.

Persidangan hari ini dan disambung esok yang akan berlanjutan hingga Jumaat.

Tiada ulasan: