Isnin, 7 November 2011

UMNO Guna 3R Untuk Pengaruhi Rakyat - Mat Sabu

KLPOS.COM


BANDARAYA MELAKA - Barisan Nasional (BN), khususnya Umno didakwa menggunakan senjata 3R iaitu ‘Racist, Religion, Royal’ (rasis, agama dan Raja) bagi mempengaruhi rakyat menyokong mereka.

Sambil melabelkan mereka sebagai dalam keadaan nazak, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, tindakan menggunakan senjata 3R itu nyata gagal mempengaruhi rakyat.

Menurutnya, ini kerana rakyat sudah matang dengan permainan politik mereka yang sudah ketandusan isu, lantaran sengaja memutar belit fakta untuk kepentingan politik mereka.

“Pada mulanya, mereka rasa rakyat bersama mereka tetapi akhirnya mereka sedar rakyat sudah semakin sedar permainan politik Umno dan BN.

“Mereka cuba menggunakan isu komunis untuk menarik sokongan orang Melayu. Apabila isu ini tidak berkesan mereka mainkan isu agama pula untuk menakutkan orang Cina,” katanya dalam satu ceramah sempena majlis makan malam Pas Melaka, di sini, kelmarin.

Mohamad Sabu berkata, Umno menggunakan isu perkauman Melayu manakala MCA menggunakan isu perkauman Cina dan MIC menggunakan isu perkauman India untuk mendapat undi. Sumber SinarHarian

Tiada ulasan: