Sabtu, 19 November 2011

Suhakam 'Terkejut' Kerajaan Masih Gunakan ISA Sedangkan Najib Kata Akta Itu Sudah Hapuskan !

PAHANG DAILY


KUALA LUMPUR -Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) meluahkan rasa amat kecewa dan terkejut dengan penangkapan terbaru 13 individu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) atas kegiatan gerakan militan di Sabah.

“Tindakan pihak berkuasa ini benar-benar mengejutkan dan sama sekali bertentangan dengan keputusan Perdana Menteri yang berani dan bersejarah untuk mansuhkan ISA serta pengiktirafan dan penghormatan terhadap hak asasi manusia serta perseimbangan antara hak tersebut dengan peraturan undang-undang dalam sistem demokrasi berparlimen negara yang telah lama dinantikan dan amat dialukan dengan sepenuh hati oleh rakyat,” kata pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam (foto) dalam satu kenyataan.

Katanya, selaras dengan seruan yang telah dibuat sebelum ini agar undang-undang penahanan pencegahan dimansuhkan, Suruhanjaya menggesa agar pihak berkuasa membebaskan kesemua mereka yang ditahan di bawah undang-undang tersebut dan memberikan hak mereka kepada perbicaraan terbuka dengan diwakili peguam.

Suruhanjaya juga, ujarnya menyeru kerajaan supaya menghentikan penggubalan undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa bicara dan agar menangani isu berkaitan keganasan di bawah undang-undang lain yang sedia ada; dan sementara pemansuhan ISA dibuat, tiada sebarang penangkapan wajar dijalankan.

[Dalam kes ini sebenarnya, bukan Suhakam sahaja yang terkejut malahan rakyat secara kesuluruhannya yang melihat kerajaan sebenarnya sekadar beretorik dalam hal ini.

Sepatutnya, dalam proses mereka mahu menghapuskan akta itu maka tidak perlu lagi ada tangkapan yang dilakukan terhadap mana-mana individu. Langkah tidak wajar ini menyebabkan rakyat tidak yakin dan percaya apakah kerajaan benar-benar ikhlas untuk melakukan tindakan itu, atau sekadar mahu memancing undi pilihanraya yang dijangka bakal diadakan sebelum PRU-13 itu nanti.

Kini rakyat boleh menilai, apakah kerajaan pimpinan Najib Razak benar-benar ikhlas dan jujur dalam menjalankan tanggungjawabnya. Nampak benar, beliau sebenarnya sekadar mahu meredakan kemarahan rakyat terhadap Akta Zalim itu.

Maka, rakyat perlu bangkit lakukan perubahan dan jangan terpedaya lagi dengan dakyah mereka sekarang. Ubahlah sebelum parah!].

Tiada ulasan: