Ahad, 6 November 2011

Sekolah Cina terus dibangun di sebalik prejudis


Sim Kwang Yang

ULASAN Jika diajukan soalan kepada kebanyakan ibu bapa berpendidikan Cina di Malaysia apa isu yang paling penting membabitkan pendidikan anak-anak mereka, - mereka akan memberitahu anda bahawa ia adalah pembelajaran dalam bahasa ibunda mereka.

damansara school open 030107 representativesSejak Merdeka, sehingga dekad pertama kemerdekaan, pendidikan bahasa ibunda sentiasa menjadi subjek yang paling emosi bagi sebahagian besar ibu bapa berbangsa Cina.

Aspirasi mereka ini adalah untuk mengekalkan ‘kecinaan’ dalam masyarakat yang berbilang bangsa.

Namun, usaha masyarakat Cina di Malaysia untuk mendapatkan pendidikan 'vernakular' telah sekian lama ditindas oleh kerajaan BN.

Masyarakat Cina di negara ini terpaksa mengharungi pelbagai rintangan dan halangan dalam meneruskan perjuangan pendidikan bahasa ibunda. Akibatnya banyak krisis politik telah timbul dalam setengah abad yang lalu itu.

sos damansara school reopen first day 050109 01.jpgSehingga hari ini, masyarakat Cina bertungkus lumus mendapatkan dana sendiri bagi membiayai sekolah-sekolah menengah Cina dan terpaksa menanggung kos pentadbiran bagi sekolah rendah mereka.

Hari ini terdapat 60 sekolah-sekolah menengah swasta Cina dan lebih seribu sekolah rendah Cina - semuanya dibiayai oleh masyarakat Cina sendiri.

Sekolah-sekolah Cina diuruskan oleh Dong Jiao Zong yang juga dikenali sebagai Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu, Malaysia (UCSCAM).

Dong Jiao Zong adalah gabungan usaha dewan perniagaan Cina dan persatuan suku kaum, termasuk pelbagai persatuan guru. Sepanjang separuh abad yang lalu, mereka berjaya mengumpulkan modal yang amat besar bagi pendidikan masyarakat Cina.

NONESeperti yang tertera di artikel yang ditulis oleh Kua Kia Soong, "sejak 1975, masyarakat Cina memastikan kualiti Sijil Peperiksaan Bersatu (UEC) di 60 buah sekolah menengah swasta Cina yang mempunyai jumlah enrolmen kira 60,000 pelajar."

Hari ini, sijil berkenaan diiktiraf oleh sebahagian besar negara-negara di mana bahasa Cina dituturkan dan juga di seluruh dunia, kecuali di Malaysia.

Dalam proses transformasi politik yang berterusan, ia sepatutnya menjadi aspirasi semua rakyat Malaysia bagi memastikan sijil UEC diiktiraf oleh kerajaan Malaysia juga. MALAYSIA KINI



Ulasan ini adalah pendapat peribadi penulis/penyumbang dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi sidang pengarang Malaysiakini.

Sim Kwang Yang pernah menjadi ahli parlimen Bandar Kuching, Sarawak dari 1982 hingga 1995. Beliau boleh dihubungi di sky8hornbill@gmail.com. Semua komen adalah dialu-alukan.

Tiada ulasan: