Rabu, 16 November 2011

PRU: PAS sasar kerusi campuran letak bukan Islam tanding


KUALA LUMPUR– PAS melobi untuk mendapatkan kerusi-kerusi bersifat campuran bagi membolehkan calon Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) diletakkan dalam pilihan raya umum ke-13.

The Malaysian Insider difahamkan PAS tidak mahu meletakkan calon DHPP di kawasan-kawasan yang ia pernah bertanding memandangkan kebanyakan bahagian terbabit adalah majoriti pengundi Melayu.

“Mereka boleh bertanding di bawah bendera parti. Itu tiada masalah. Masalah sekarang ialah kesemua kerusi kami majoriti Melayu. Bagaimana mereka boleh bertanding di sana?” kata seorang anggota biro politik.

Beliau juga berkata daripada 66 kerusi Parlimen PAS bertanding pada Mac 2008, hanya Kota Raja di mana Dr Siti Mariah Mahmud menewaskan penyandang dari MIC merupakan kawasan majoriti bukan Melayu.

Pada Julai lalu, The Malaysian Insider melaporkan bahawa PAS menyasarkan kerusi dimenangi enam calon PKR tetapi meninggalkan parti itu kemudian dan juga kerusi-kerusi lain seperti Kuala Kedah dan Machang.

Machang disandang oleh Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail.

Tiada ulasan: