Isnin, 21 November 2011

MCA cabar negeri Pakatan adakan pilihan raya serentak


MALAYSIA KINI

MCA mencabar kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat untuk mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya umum akan datang, kata Ketua Pemudanya, Datuk Wee Ka Siong.

Beliau berkata, Pakatan Rakyat sebenarnya tidak bersedia menghadapi BN dan cuba sedaya upaya untuk mengelak daripada mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya umum.

malaysia general election vote ballot parties"Adakah anda semua bersedia menghadapi BN pada pilihan raya negeri? Keengganan anda berbuat demikian menunjukkan anda sama ada tidak bersedia untuk menghadapi BN dan anda telah gagal memenuhi janji-janji pilihan raya.

“Dengan demikian, anda tahu bahawa anda tidak dapat bertanding dalam pilihan raya serentak,” kata beliau dalam kenyataan media.

Katanya, jika kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor sesungguhnya bersedia menghadapi calon BN dan Bebas dalam pilihan raya, mereka tidak payah mempolitikkan untuk menangguhkan pilihan raya negeri sebagai taktik terhadap lawannya. - Bernama

Tiada ulasan: