Ahad, 6 November 2011

Lelaki OTC Ditahan Cuba Pegang Payudara Wanita Dalam Lif

KELAB GREENBOC

Kepong - Cubaan seorang lelaki mahu meraba payudara seorang wanita di dalam lif membawa padah apabila dia ditahan selepas tindakannya itu mengundang kemarahan penduduk setempat.

Dalam kejadian di Apartmen Desa 1, di sini suspek dikatakan mengambil kesempatan mahu memegang payu dara mangsa yang kebetulan menaiki lif yang sama dengannya.

Menurut mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Dewi, 24, berkata, ketika insiden itu berlaku dia hendak ke tingkat 3 blok 5 sebelum lelaki itu secara tiba-tiba menghulurkan tangan ke arah dadanya.

“Saya sempat menepis tangannya dan berlari keluar ketika pintu lif hendak dibuka,” katanya ketika ditemui, malam kelmarin.
Mangsa kemudiannya menjerit bagi meminta pertolongan.

Suspek berusia 30 tahun yang panik selepas terdengar mangsa menjerit kemudiannya mengunci diri dalam rumahnya di tingkat 10 di blok yang sama.

Seorang penduduk Philip Teh, 40, berkata, suspek yang dianggap seorang yang berperangai pelik itu dilihat kerap membakar kad banci yang dilekatkan di pintu rumah penduduk.

Menurutnya, sejak sebulan lalu hingga kelmarin, lebih 30 rumah terlibat dalam insiden pembakaran kad banci rumah.

“Lelaki itu memang tidak bekerja dan sering dilihat membawa pemetik api, sampai di depan pintu rumah dia akan bakar kad banci atau pakaian yang disidai penduduk di ampaian,” katanya.

Difahamkan, setakat ini, lebih 20 laporan polis sudah dibuat terhadap lelaki itu.

Sementara sumber polis memberitahu, suspek sudah ditahan untuk siasatan lanjut dan akan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana terdapat kemungkinan mempunyai masalah mental. -SH

Definisi:

OTC - Otak tak center

Tiada ulasan: