MALAYSIA KINI
Monorel pelancongan Sungai Melaka diarah menggantung perkhidmatan selama 30 hari bermula hari ini kerana didapati gagal mematuhi aspek keselamatan yang mengundang bahaya kepada para pengguna.
Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Azhar Ahmad berkata jurutera dari SPAD dan prasarana KL Monorail setelah memeriksa aspek keselamatan serta sistem keselamatan kecemasan mendapati pihak operator monorel itu gagal memenuhi beberapa spefikasi utama keselamatan penumpang.
"Setelah pemeriksaan dua hari berakhir semalam, operasi monorel itu ditutup sementara sehingga pihak pengendali (Taming Sari Sdn Bhd) dapat menyediakan beberapa fasiliti yang disarankan oleh SPAD," katanya ketika dihubungi di Melaka hari ini.
Beliau berkata antara fasiliti itu ialah menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak.
Selain itu, monorel itu yang diimport dari negara China itu tidak menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang menyukarkan tugas-tugas pembaikan dan penyelenggaraan sekiranya berlaku kerosakan.
"Cengkaman tayar pada monorel itu juga didapati tidak kuat sewaktu melalui jajaran laluan pada waktu hujan dan ia perlu diatasi," katanya sambil menambah SPAD akan melakukan ujian seterusnya setelah pihak pengendali memperbaiki fasiliti yang disyorkan itu.
Pada Selasa lalu, dua pelancong Britain melalui detik cemas dibawa turun melalui tangga setinggi lima meter selepas terperangkap selama 20 minit di dalam gerabak apabila perkhidmatan itu terhenti secara tiba-tiba.
Perkhidmatan monorel berkenaan berhenti hanya setelah 20 meter meninggalkan Stesen Hang Jebat pada kejadian pukul 1.09 tengah hari itu.
Berikutan itu, Azhar yang melakukan pemeriksaan telah mengarahkan operasi monorel itu bagi laluan sejauh 1.6 kilomter dihentikan selama 48 jam untuk pemeriksaan keselamatan.
Monorel pelancongan berharga RM15.5 juta dilancarkan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam pada 20 Okt tahun lalu sempena perisytiharan Melaka sebagai negeri maju 2010 dan kira-kira 16,000 penumpang telah menaikinya.
Sementara itu, Mohd Ali ketika ditemui berkata SPAD tidak sepatutnya menggantung perkhidmatan monorel itu sebab ciri-ciri keselamatan telah dipenuhi.
"Bagaimanapun, saya akan melakukan tinjauan terhadap monorel itu pada Isnin ini bagi mengetahui perkara sebenar," katanya.- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan