Kuek Ser Kuang Keng
Seorang kawan remaja India itu, yang dikenali sebagai Saravanan, 21, dikatakan cuba membantu mereka yang diserang itu tetapi mendakwa dirinya juga menjadi mangsa kumpulan belia yang bersenjatakan parang dan batang besi. Lelaki itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Kuala Lumpur.
Kecewa dengan kejadian itu, ibu bapa remaja berusia 14 tahun itu mengadakan sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini dengan bantuan ketua biro pendidikan Parti Hak Asasi Manusia (HRP), G Ganeson.
Mereka menuntut polis supaya segera membebaskan anak-anak mereka dan bertindak tegas terhadap penyerang berkenaan. Ganeson yang juga seorang peguam akan mewakili keluarga berkenaan.
Menurutnya, pada kejadian semalam, M Indran, 14, sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di flat di Kg Baru Air Panas di Setapak, apabila kira-kira 10 pemuda Melayu menghalangnya. Dakwanya lagi, remaja itu diendang di bahagian perut setelah dituduh melontar objek ke arah mereka dari tingkat atas flat.
"Dia dalam perjalanan pulang, jadi bagaimana beliau boleh buang sesuatu dari tingkat atas? Ini tidak logik sama sekali," kata Ganeson.
Tiga rakan-rakan Indran - Ravitharan, Arvin Raj dan Saativel, semua mereka berumur 14 tahun - datang untuk membantu tetapi juga dipukul, katanya.
"Empat remaja itu melarikan diri, hingga ke rumah Saravanan yang terletak di blok lain untuk meminta bantuan."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan