Tindakan yang menekan dan manzalimi mahasiswa ini tidak sama sekali mengentarkan perjuangan anak muda dan mahasiswa dalam menuntut kebebasan dan keadilan.
PETALING JAYA: Tindakan Kabinet pemerintah Umno-Barisan Nasional (BN) yang membenarkan Kementerian Pengajian Tinggi membuat rayuan dalam keputusan mahkamah dalam isu UKM4 di bawah undang-undang zalim Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) membuktikan bahawa mereka kepada kebangkitan anak muda dan mahasiswa.
Pengarah Biro Mahasiswa, Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) Mohd Saifullah Mohd Ghazali berkata, Biro Mahasiswa AMK Malaysia percaya bahawa tindakan yang menekan dan manzalimi mahasiswa ini tidak sama sekali mengentarkan perjuangan anak muda dan mahasiswa di dalam menuntut kebebasan dan keadilan.
“Tindakan pimpinan Umno-BN ini juga bukan sahaja zalim malah menghina mahkamah dan tidak menghormati kedaulatan undang- undang.
“Mahkamah yang telah membuat keputusan dan menegaskan bahawa AUKU ini adalah tidak mengikut perlembagaan. Undang-undang umpama milik peribadi parti pemerintah,” kata Saifullah yang juga Ketua Penerangan AMK Selangor.
Beliau berkata, pihaknya berpandangan bahawa mahasiswa seharusnya diberi ruang untuk beraktiviti dan mencurah pandangan mereka selaku kelompok terdidik dalam masyarakat.
“Mahasiswa bukan lagi pelajar sekolah sehingga segalanya perlu dikawal oleh pemerintah. Ruang untuk aktivisma dan menggarap idealisma serta intelektualisma mahasiswa ini mampu untuk melahirkan generasi muda pelapis kepimpinan negara yang berkarisma,” ujarnya.
Justerus itu katanya, Biro Mahasiswa AMK Malaysia mendesak agar dihentikan penindasan terhadap mahasiswa dan menyeru kepada seluruh mahasiswa untuk bangkit menentang penguasa zalim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan