Ahad, 6 November 2011

Bantuan RM500 Kepada Isi Rumah Berpendapatan RM3000 Ke Bawah. Borang Permohonan Disember Ini!

Staff Berita Semasa


rm500 Bantuan RM500 Kepada Isi Rumah Berpendapatan RM3000 Ke Bawah. Borang Permohonan Disember Ini!


Ya…sedikit sebanyak bantuan RM500 ini dapat meringankan bebanan kewangan rakyat Malaysia yang memerlukan terutamanya persiapan ibubapa untuk sessi persekolahan 2012 pula nanti…

Borang permohonan bantuan RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan RM3,000 ke bawah, akan keluar pada bulan hadapan, bulan Disember 2011 oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr. Mohd. Shukor berkata, borang permohonan bantuan RM500 tersebut boleh didapati di kesemua cawangan LHDN dan 17 pusat khidmat hasil di semua daerah seluruh negara.

Bantuan RM500 ini adalah merupakan pengumuman daripada pembentangan Bajet 2012 di Dewan Rakyat pada 7 Oktober 2011 lepas. Dijangkakan bantuan RM500 ini akan mula diagihkan bemula januari 2012 secara berperingkat-peringkat.

  • Borang permohonan secara online pun disediakan
  • 3 juta isi rumah dijangka terlibat dengan pemberian bantuan RM500 ini dan maklumat mengenai mereka akan diperoleh menerusi kerjasama sistem pangkalan data e-Kasih dan Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Tempoh selama 14 hari bekerja memproses semua permohonan yang layak
  • Kepada yang pemohon yang berjaya memperolehi bantuan RM500 ini, pembayaran akan dilunaskan oleh Akauntan Negara menerusi bank-bank yang akan dilantik
rm500 2 Bantuan RM500 Kepada Isi Rumah Berpendapatan RM3000 Ke Bawah. Borang Permohonan Disember Ini!

Fikir-fikir balik bergeliga juga perancangan LHDN. Dengan tawaran pemberian bantuan RM500 ini, LHDN akan memperolehi lebih ramai yang mempunyai rekod dalam database mereka. Jadi lepas itu, esok lusa, bulan depan, tahun depan kalau-kalau anda “dimurahkan rezeki”, jangan lupa bayar cukai. Jalankan kewajipan anda atau anda akan “diingatkan oleh LHDN”. Rekod pun dah ada…

P/S : Walaubagaimanapun, Kerajaan dah bagi, rakyat ambil. Ada di sini merasakan mereka berhak dapat bantuan RM500 ini?

Tiada ulasan: