Ahad, 4 September 2011

Tiga anak polis maut dalam nahas jalan raya di kilometer 113.6 Jalan Labis-Yong Peng

SINAR HARIAN


JOHOR BAHARU - Tiga adik-beradik lelaki maut apabila kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kereta lain di kilometer 113.6 Jalan Labis-Yong Peng awal hari ini.

Mereka ialah Ahmad Zakhwan Patah Raji, 19, serta dua adiknya, Ahmad Zahinuddin, 18, dan Ahmad Zarif, 12.

Timbalan Ketua Polis Batu Pahat Superintendan Adnan Azizon berkata, dalam kejaidan 2.45 pagi itu, Ahmad Zakhwan yang memandu kereta Kancil hilang kawalan dan memasuki lorong bertentangan menyebabkan kenderaannya bertembung kereta Proton BLM milik Ho Hong Shou.

"Semua mangsa sedang dalam perjalanan dari Kelantan untuk menyambut Aidil Fitri bersama ayah mereka Koperal Patah Raji Muhamad yang bertugas di Balai Polis Simpang Renggam," katanya.

Ahmad Zakhwan meninggal dunia di tempat kejadian manakala adik-adiknya meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Batu Pahat.

Sementara itu, Ho, 20, cedera ringan dan dibawa ke hospital berkenaan.- Bernama

Tiada ulasan: