Meskipun Dewan Rakyat belum dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan, kebanyakan bakal calon mula mengintai-intai kerusi idaman mereka.
Tidak terkecuali berbuat demikian adalah keempat-empat pemimpin utama parti komponen utama BN - MCA, MIC, Gerakan dan PPP yang masih tercari-cari kerusi yang sesuai sekiranya, presiden Umno Datuk Seri Najib Razak yang juga pengerusi BN bercadang mengadakan pilihan raya pada akhir tahun ini.
Ini kali pertama di mana presiden empat parti komponen BN akan menghadapi pilihan raya umum tanpa status sebagai wakil rakyat, apabila diri mereka dan parti yang diwakili tumbang kepada Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum 2008.
Kecuali presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang terpalit dengan skandal seks dan tidak bertanding, tiga yang lain - Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon, Presiden MIC, Datuk G Palanivel dan presiden PPP Datuk M Kayveas - semuanya tersungkur.
Malaysiakini menghubungi tiga penganalisis politik - Ong Kian Ming, James Chin dan Khoo Kay Peng - untuk menilai keempat-empat presiden itu dan mencadangkan kerusi yang sesuai untuk mereka bertanding pada pilihan raya umum akan datang.
Dr Chua Soi Lek
Ong Kian Ming: Kemungkinan kerusi - Tanjung Malim (Perak), Tanjung Piai atau Kulai.
Chua kemungkinan besar akan memilih Kulai, di mana kira-kira 60 peratus daripada pengundinya adalah masyarakat Cina. Johor juga merupakan kubu kuat MCA, dan Chua juga dikatakan mempunyai sokongan asas kuat di sana. Jika menang di Kulai, kedudukan Chua dilihat semakin mantap dan sekaligus menghancurkan sokongan kepada bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting.
Tanjung Malim akan menjadi pilihan keduanya. Ini kerana kerusi separa bandar dengan majoriti pengundi Melayu itu dianggap kawasan selamat, tetapi memerlukan sokongan Umno. Seperti Kulai, kemenangan Chua akan menghancurkan sokongan untuk adik-beradik Ong. Kerusi itu kini dipegang oleh Datuk Seri Ong Ka Chuan iaitu adik Ka Ting.
James Chin: Kemungkinan kerusi - Labis
Chua telah memberi bayangan akan kembali ke Labis, tetapi keputusan muktamad di tangan Najib selaku pengerusi BN. Apabila terpalit dengan isu video seks, Chua tidak mempertahankan kerusinya tetapi sebaliknya, menyerahkannya kepada anaknya, Chua Tee Yong. Justeru, lebih mudah bagi beliau mendapatkan kerusi itu semula.
Khoo Kay Peng: Kemungkinan kerusi - Labis
Labis peluang terbaik Chua, kerana ada kesinambungan dengan anaknya memegang kerusi berkenaan. Anaknya itu, mungkin dipindahkan ke Bakri. Johor dianggap lebih mudah kerana merupakan kubu BN dan beliau juga mempunyai banyak sokongan dari Umno di sana.
Untuk cuba nasibnya di Perak, Chua akan perlu menilai penerimaannya oleh ahli-ahli BN di sana, yang harus dikira berdasarkan sokongan akar umbi. Sekalipun Chua tidak bertanding di Labis, Bakri adalah juga kerusi yang yang harus dicubanya untuk dirampas kembali dari DAP.
Koh Tsu Koon
Ong Kian Ming: Kemungkinan kerusi - Simpang Renggam, Segambut
Koh kemungkinan besar akan ke Simpang Renggam kerana ia kerusi itu kini dipegang oleh Gerakan. Zaman kegemilangannya di Pulau Pinang sudah berlalu dan tidak bijak baginya cuba meramapas mana-mana kerusi di negeri itu. Kerusi Taiping (Perak) yang ditandingi oleh Gerakan juga dianggap tidak selamat kerana ahli parlimen Nga Kor Ming dari DAP dikatakan terus mantap di sana.
Kerusi Puchong dan Kuala Lumpur juga dianggap sukar dirampas semula. Segambut mungkin satu pilihan kerana ia merupakan kawasan bandar, tetapi ia juga dianggap kerusi tidak selamat.
James Chin: Kemungkinan kerusi selamat - tidak ada
Masalah Koh bukan untuk memilih kerusi mana yang harus ditandinginya tetapi sama ada beliau berjaya menangkis cubaan mengulingkan kepemimpinannya sekarang. Jika beliau mampu bertahan, beliau boleh memilih kerusi yang dihajatinya.
Khoo Kay Peng: Kemungkinan kerusi - Simpang Renggam
Di mana Koh akan bertanding, bergantung sama ada beliau akan disingkirkan dari parti itu. Terdapat cubaan untuk menyingkirkan beliau. Gerakan Johor telah meminta beliau untuk bertanding di Simpang Renggam. Kubunya di Pulau Pinang sudah lama tumbang.
G Palanivel
Ong Kian Ming: Kemungkinan kerusi - Kapar, Kota Raja
Palanivel juga dalam keadaan yang sukar. Memandangkan tidak ada pemimpin tertinggi MIC yang memiliki sebarang kerusi di Selangor, meskipun negeri itu mempunyai sebahagian besar pengundi India, maka, beliau wajar bertanding di Selangor. Beliau dijangka tidak akan bertanding di Hulu Selangor tetapi dipercayai akan mencuba nasibnya di Subang, Kota Raja atau Kapar.
Kapar adalah kerusi yang besar dan memerlukan sumber dana yang banyak. Secara amnya, mana-mana tempat dkerusi yang dimiliki oleh PKR, lebih mudah dijadikan sasaran daripada kerusi yang dipegang oleh PAS. Subang pula tidak mudah untuk dirampas kerana ia mempunyai pengundi bandar yang lebih skeptikal.

Palanivel mungkin popular di kalangan MIC, tetapi di luar parti, beliau tidak mempunyai banyak sokongan. Rekod beliau di Selangor juga menggecewakan. Kerusi yang akan ditandinginya akan bergantung kepada pergerakan pengundi dalam daftar pemilih.
Khoo Kay Peng: Kemungkinan kerusi - Hulu Selangor, Sungai Siput
Jika keadaan di Selangor baik, beliau akan kembali ke kerusi lamanya di Hulu Selangor. Tetapi saya tidak terlalu pasti jika ia langkah bijak bagi meminta penyandang kerusi itu meninggalkan kawasan berkenaan. Satu lagi tempat yang cukup simbolik adalah Sungai Siput, yang telah sekian lama dikaitkan dengan pusat kuasa MIC. Ini bukan soal menjauhkan dirinya dari bekas Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu tetapi mengenai pusat kuasa.
Walau bagaimanapun, saya tidak jangka Palanivel akan meninggalkan Selangor, yang secara tradisional telah bertanding disitu. BN juga tidak mahu melihat pemimpin mereka untuk melarikan diri dan bersembunyi di kawasan-kawasan yang selamat. Palanivel perlu membuktikan keyakinannya untuk menerajui.
M Kayveas
Ong Kian Ming: Kemungkinan kerusi - tidak ada
Berdasarkan pergolakan dalaman PPP, saya tidak fikir beliau akan diberi kerusi untuk bertanding. Di Perak, Umno pasti mahu mengambil semula Grik, dan Gerakan boleh mendapatkan Taiping. Bukan tujuan saya mengatakan bahawa Gerakan mempunyai peluang yang baik, tetapi peluang PPP merampas semula kerusi itu jauh lebih tipis.
James Chin: Kemungkinan kerusi - tidak ada
PPP terus meminjam kerusi dari parti-parti lain. Jika mereka mahu bertanding, mereka terpaksa mencari pihak yang bersedia untuk 'meminjamkan' kerusi mereka kepada PPP.
Khoo Kay Peng: Kemungkinan kerusi - tidak ada
Saya tidak lihat apa-apa faedah untuk BN memperuntukan kerusi untuk PPP. Pilihan raya ini akan sangat sukar untuk Kayveas. Sekalipun sekiranya PPP diberi kerusi, ia mungkin diserahkan kepada calon yang lebih muda.
KPI untuk Najib adalah mendapatkan majoriti tidak kurang daripada dua pertiga. Jika gagal, beliau pula dalam perjalanan keluar dari Seri Perdana. Mereka telah menetapkan satu precedent yang amat sukar, dan saya tidak nampak apa-apa ruang untuk Kayveas bagi bertanding.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan