Jumaat, 23 September 2011

PM Undur Kes Liwat - Wan Azizah perli Najib 'Tak Sempoi'.

KLPOS.COM

KUALA LUMPUR - Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang membuat permohonan berundur dari kes liwat Anwar Ibrahim mendapat reaksi kurang senang dari Ketua Pembangkang itu.

Malah, isteri beliau Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sempat memerli Presiden UMNO itu yang dianggap tidak sempoi.

"Tidak sempoi.. Tidak sempoi (tindakan Perdana Menteri)," reaksi Wan Azizah setelah ditanya wartawan selepas selesai kes perbicaraan sebentar tadi.

Anwar pula mengulas bahawa Najib tidak sewajarnya berundur tatkala beliau telahpun diberikan sepina. Beliau turut mengulas beberapa perkara yang dianggap releven untuk Najib berhadapan dengan kes beliau termasuklah siri pertemuan Najib dengan Saiful Bukhari.

Perbicaraan hari ini diteruskan dengan menyambung keterangan saksi yang juga pakar DNA dari Australia, Brian Mc Donald.

Tiada ulasan: