Isnin, 19 September 2011

Liwat II: Najib dan Rosmah akan tampil?

Hafiz Yatim

Peguambela Ram Karpal akan menyambung menyoal-periksa pakar DNA Australia, Dr Brian McDonald dalam perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersambung hari ini.

NONEPerbicaraan masih berterusan sehingga ke hari ini selepas cuti Hari Raya dengan Anwar kemungkinan dikaitkan pula dengan skandal terbaru apabila seorang blogger yang mesra dengan Umno mengancam akan mendedahkan sebuah lagi klip video seks yang bertarikh 12 Januari tahun ini.

Blogger Papa Gomo juga mendedahkan bahawa video CCTV itu dirakamkan sebelum 22 Februari, ketika video seks yang diambil oleh trio Datuk T dirakamkan. Ketiga-tiga mereka kemudiannya telah didakwa dan dikenakan denda.

McDonald, yang merupakan saksi keempat pembelaan dijangka mengambil masa dua hari lagi untuk melengkapkan keterangan dengan pemeriksaan balas oleh pendakwaan.

Setakat ini, belum dapat dipastikan sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri akan tampil memberi keterangan mereka minggu ini.

Sementara itu, Bernama melaporkan pihak pembela di perbicaraan sodomi Datuk Seri Anwar hari ini berhujah bahawa pihak pendakwa telah gagal untuk mengesahkan profil DNA milik Lelaki Y berpunca dari sperma.

dr brian mcdonald sodomy llPakar DNA Australia Dr Brian McDonald memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur bahawa dari testimoni Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon, dua ahli kimia itu telah gagal membuat kesimpulan konklusif tentang punca sebenar profil DNA itu.

"Tidak ada bukti yang dikemukakan semasa perbicaraan yang membolehkan pihak pendakwa membuat kesimpulan itu (DNA Lelaki Y berpunca dari ambilan sperma), kata Dr Brian bila ditanya oleh peguam Anwar, Ramkarpal Singh semasa pemeriksaan utama.

Dr Brian, saksi pembelaan keempat Anwar itu berkata bekas palitan yang diambil dari dubur pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, hanya mengesahkan kehadiran semen milik Mohd Saiful.

Dr Brian memberitahu mahkamah bahawa Dr Seah (bawah, kanan) telah membuat beberapa andaian tentang dari mana datangnya sampel itu.

NONE"Merujuk kepada laporan ahli kimia (Dr Seah), beliau tidak menyatakan lokasi tepat di mana sampel itu diambil dan laporannya lebih berasaskan pada maklumat diberikan polis," kata beliau.
Sementara Nor Aidora, kata beliau, dalam laporannya hanya berasaskan pada penyumbang tunggal, sedangkan terdapat bukti bahawa wujud beberapa penyumbang DNA.

Dr Brian berkata Nor Aidora telah juga gagal mengenalpasti campuran pada sampel yang diambil dari sel lokap Anwar dan beliau tidak mengambil kira kesemua kriteria mengenai campuran itu bila melakukan analisis.

"Anda tidak harus mengabaikannya. Anda perlu laporkannya sebagai profil tunggal," kata Dr Brian.

Anwar, 64, dituduh meliwat pembantunya Mohd Saiful, 26, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 ptg dan 4.30 ptg pada 26 Jun 2008.

Berhubung kemungkinan pencemaran sampel, Dr Brian berkata Nor Aidora tidak mengikuti garis panduan ditetapkan oleh makmalnya sendiri bagi analisis DNA.

azlanDr Brian berkata, Nor Aidora tidak objektif dalam menjalankan analisis itu dimana beliau gagal mengetepikan mereka yang mungkin menyentuh sampel berkenaan, seperti pegawai polis dan mereka di makmal.

Dr Seah sebelum itu telah memeriksa semua bekas palitan yang diambil dari Mohd Saiful sementara Nor Aidora mengendali ujian ke atas botol air mineral, tuala pengelap muka dan berus gigi yang disambil dari sel ketika Anwar ditahan.

Semasa prosiding, pihak pendakwa berhujah bahawa profil DNA "Lelaki Y" yang didapati pada dubur Mohd Saiful milik Anwar.

Kesimpulan ini berdasarkan analisis DNA dilakukan oleh Nor Aidora ke atas sampel DNA yang diambil dari sel lokap Anwar dan oleh Dr Seah ke atas sampel dari Mohd Saiful.

Pendengaran di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah bersambung esok untuk pihak pendakwa menyoal balas Dr Brian.

Tiada ulasan: