Rabu, 21 September 2011

Kontroversi: "Zizan Mohon Maaf", Persoalannya Siapakah Empat Ulamak Yang Luluskan Filem Itu

PAHANG DAILY


KUALA LUMPUR - Pelakon filem "Hantu Bonceng" Mohd Razizan bin Abd Razak (foto) atau lebih dikenali sebagai Zizan telah memohon maaf secara terbuka dan menjelaskan isu dialognya yang dikatakan menghina Nabi Muhammad malam tadi. Menerusi laman Twitternya, Zizan mengakui kesilapan beliau dan menjelaskan beliau langsung tidak berniat untuk menghina agama Islam dan menyatakan terdapat empat ulama dalam Lembaga Penapisan Filem (LPF) yang telah meluluskan tayangan filem tersebut.

Dua 'post' laman twitternya ialah "Sy (saya) faham.apa yg salah..salah jugak.tp (tapi) pasal hina Islam mmg jauh dri otak pkiran sy la..xde(tiada) lgsung terniat.ini adalah Agama dan Rasul sy(saya)..Maaf skiranya sy(saya) silap. "salam..xkan(takkan) la sy(saya) nk(nak) hina Rasul sy(saya) sendiri..kan dlm(dalam) babak perkataan setan 2(itu) di aju kan pada kunyit..dan dlm(dalam) penapisan film ade 4 ulama..dan telah pn(pun) di luluskan film ini.."katanya

Sementara itu Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan At Tantawi mengucapkan tahniah kepada Zizan kerana mengakui kesilapan lalu memohon maaf secara terbuka.

Bagaimanapun beliau mempersoalkan mengapa pengarah dan penerbit filem tersebut Ahmad Idham masih berdiam diri sehingga sekarang.

Pemuda PAS sebelum ini menyatakan filem yang diarahkan oleh Ahmad Idham Ahmad Nazri itu mengandungi satu babak yang dilakonkan secara jelas menghina Rasulullah SAW apabila Zizan menyebut "Asyhadu anna Muhammadar Syaitan" yang membawa maksud "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan".

Apapun tahniah diucapkan kepada Zizan Raja Lawak kerana difahamkan telah menghubungi tokoh agama terkenal Ustaz Azhar Idrus bagi mendapatkan pandangan lanjut beliau tentang isu kontroversi ini.

[Filem dengan durasi 90 minit itu ditayangkan di panggung wayang di Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 31 Ogos lalu dan dikatakan mencipta sejarah dengan kutipan terbesar dalam musim perayaan dengan jumlah RM 5 juta untuk lima hari tayangan.

Sepatutnya pihak yang perlu dipersalahkan ialah Pengarah dan Penulis Skrip filem berkenaan, Zizan hanya membaca dan mengikut arahan pihak terbabit.

Soalnya kenapa Ahmad Idham masih membisu, malah memberikan berbagai alasan kononnya dia sudah merujuk ulamak dalam LPF sebelum filem itu diluluskan.

Soalnya, siapakah dia ulamak-ulamak berkenaan yang begitu mudah mengambil tindakan meluluskan filem tersebut untuk tayangan].

Tiada ulasan: