"BN nak tutup isu pilihan raya. Kita ada bukti bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bekerjasama dengan jabatan lain," kata Hadi
KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mempertahankan timbalan beliau, Mohamad Sabu dalam kontroversi Mat Indera di Bukit Kepong.
Bekas Menteri Besar Terengganu itu menyifatkan kempen Umno mempolitikkan fakta sejarah Mat Indera dengan menyelindung isu sebenar iaitu isu pengundi hantu.
Pada 28 Ogos lalu, akhbar Utusan Malaysia menyiarkan ucapan Mat Sabu dalam ceramah di Pulau Pinang yang mendakwa Mat Indera yang menyerang balai polis Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan.
Ucapan kontroversi itu menimbulkan kemarahan dan kecaman di kalangan pemimpin politik bekas anggota keselamatan negara termasuk membuat laporan polis terhadap Mat Sabu.
“BN nak tutup isu pilihan raya. Kita ada bukti bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bekerjasama dengan jabatan lain,” kata.
Abdul Hadi menjelaskan kerjasama SPR dengan jabatan kerajaan lain untuk meningkatkan bilangan pengundi hantu.
Otak dah beku
“Kesemua (usaha BN) ini untuk tipu rakyat. Otak kita dah beku fikir perkara ini,” tambahnya dalam sidang media Konvensyen Negara Berkebajikan : Tawaran PAS di Markas PAS Taman Melewar, Gombak hari ini.
Abdul Hadi menegur SPR Malaysia dengan mencontohi SPR Palestin yang sanggup meletak jawatan apabila ada tekanan dari Israel.
Jangan nak makan gaji sahaja, tegasnya.
Presiden PAS turut menasihatkan BN. “Mesir dan Libya terpaksa diubah, Kita mahu Malaysia berubah sendiri.”
Abdul Hadi turut mengkritik sejarahwan Tan Sri Profesor Dr Khoo Kay Kim dan Datuk Profesor Ramlah Adam berikutan pandangan bahawa Malaysia tidak dijajah dari segi perundangan.
Naik pangkat cepat
“Mereka ini akademik yang naik pangkat cepat,” kata Ahli Parlimen Marang itu.
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali turut membidas kenyataan para sejarahwan tersebut.
“Kalau diiktiiraf bahawa (Malaysia) tak dijajah, tak perlu sambut (ulang tahun kemerdekaan).
Manakala, Exco Pemuda PAS Pusat Mohd Adram Musa mendakwa bahawa penduduk sementara didaftarkan sebagai pengundi.
“Kita ada bukti. Ada data nama sama. Ini yang kita panggil data klon,” kata Adram yang turut mendakwa bahawa ribuan data masih belum diselaras di antara SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan