Tidak ada apa yang boleh diraikan dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak baru-baru ini berhubung pembaharuan dalam media sedangkan kebebasan akhbar masih terhad, kata ketua pengarang Malaysiakini Steven Gan.
"Jadi, hakikatnya, ia hanya perubahan yang sangat kecil. Apa yang kita saksikan hanyalah perubahan kosmetik."
Bercakap pada majlis pelancaran bersama model langganan portal berita Malaysiakini edisi bahasa Cina dan Merdeka Review di Kuala Lumpur malam semalam, Gan berkata keputusan yang sukar bagi mengenakan bayaran itu terpaksa diambil oleh edisi bahasa Inggeris sembilan tahun lalu.
Merujuk tulisan editorialnya semasa melalui masa-masa yang sukar, Gan berkata Malaysiakini akan memilih menjadi media cetak pada bila-bila masa kerana ia adalah lebih menguntungkan tetapi mendapatkan lesen daripada kerajaan dan memastikan ia kekal dimiliki adalah halangan yang serius ketika itu dan sehingga hari ini.
Katanya, era Internet telah banyak memberi manfaat kepada syarikat-syarikat media seperti Facebook dan Google tetapi pembekal kandungan berita menghadapi cabaran yang sengit.
"Jadi, tanpa sokongan anda (pembaca dan pelanggan), tidak akan ada media bebas di Malaysia.
"Wartawan Malaysiakini dan disertai rakan-rakan Merdeka Review telah membuat pilihan mereka. Sekarang kita serahkan kepada pembaca laman Malaysiakini bahasa Cina dan Merdeka Review untuk membuat keputusan mereka."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan