Ahad, 5 September 2021

Usul undi percaya, Aziz Bari bidas alasan peguam negara

Usul percaya di Dewan Rakyat adalah amalan biasa mengikut perlembagaan, 
bekas profesor undang-undang Abdul Aziz Bari. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pakar perlembagaan yang juga bekas profesor undang-undang, Abdul Aziz Bari, menyifatkan sebagai ‘aneh’ kenyataan peguam negara bahawa usul undi percaya akan menidakkan kuasa Yang di-Pertuan Agong.

Aziz Bari.

Aziz, yang kini bersama DAP selain menjadi ketua pembangkang Perak, berkata usul seperti itu dilihat berlaku pada 1976 dalam pelantikan Hussein Onn sebagai perdana menteri ketiga.

Sejak itu, katanya, usul percaya sudah menjadi sebahagian daripada amalan dan tradisi perlembagaan negara, meskipun bukan diperlukan mengikut undang-undang.

Katanya, dakwaan Peguam Negara Idris Harun bahawa usul seperti itu akan menidakkan kuasa Yang di-Pertuan Agong adalah “aneh dan menimbulkan persoalan.”

Malah, katanya, Seri Paduka Baginda sendiri telah menggesa usul percaya diadakan untuk mengesahkan keabsahan Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri.

Tiada ulasan: