Umavathi Ramayah
Dr
Mahathir memberitahu, kebiasannya Perdana Menteri tidak memiliki
kekayaan, dan sekiranya seseorang itu kaya, maka beliau perlu
mengisytiharkan statusnya sewaktu perlantikan. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR:
Rakyat berhak mendakwa Perdana Menteri yang menjadi jutawan selepas
menjawat jawatan tersebut kerana memperoleh wang secara haram, kata Tun
Dr Mahathir Mohamad.
Ahli Parlimen
Langkawi itu memberitahu, kebiasaannya Perdana Menteri tidak memiliki
kekayaan, dan sekiranya seseorang itu kaya, maka beliau perlu
mengisytiharkan statusnya sewaktu perlantikan.
Oleh
yang demikian katanya, segala kekayaan selepas menjawat jawatan nombor
satu itu hendaklah dianggap sebagai haram dan boleh dirampas oleh pihak
yang berkuasa.
"Bahkan awal-awal lagi dia
dikenal sebagai orang kaya, sebagai jutawan. Jika dia tidak dikenali
sebagai orang kaya maka ini juga akan diketahui oleh masyarakat,
"Tetapi
apabila Perdana Menteri selepas menjadi PM (Perdana Menteri) menjadi
jutawan, rakyat berhak mendakwa dia telah dapat wang itu secara haram,"
katanya dalam blog Chedet di sini, pada Isnin.
Mengulas
lanjut, bekas Perdana Menteri itu turut menjelaskan, juga menjadi satu
kesalahan untuk menerima derma meskipun ianya dilakukan dengan ikhlas.
"Jika ada duit diterima, ianya untuk parti. Tetapi jika di masuk akaun peribadi, itu salah.
"Jika
didakwa bahawa tokoh negara asing yang menderma untuk apa tujuan pun ia
tetap salah. Ahli politik dalam negeri tidak boleh terima hadiah atau
derma dari negara asing kerana ini memberi peluang kepada negara asing
untuk campur tangan dalam politik dalam negeri," jelasnya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan