Umavathi Ramayah

Adnan Mat berkata, penjawat awam yang belum divaksin tidak tergolong dalam kumpulan anti vaksin. - Gambar fail/ BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kira-kira 30,000 penjawat awam setakat ini masih belum mendapat suntikan vaksin COVID-19.
Bagaimanapun,
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam
(Cuepacs), Adnan Mat berkata, mereka yang belum divaksin itu tidak
tergolong dalam kumpulan anti vaksin.
Menjelaskannya, beliau memberitahu, tidak ada sebarang bukti atau pendedahan nyata yang mendakwa mereka golongan anti vaksin.
"Sebahagiannya
mungkin gagal mendaftar dalam MySejahtera, sebahagian mereka,
kesihatannya tidak mengizinkan, sebahagian mereka pula dalam
kumpulan-kumpulan berisiko divaksinasi kerana penyakit yang mereka sedia
ada dan sebahagiannya tidak selesa.
"Tetapi
untukk meletakkan mereka sebagai kumpulan anti vaksin adalah tidak
wajar, mereka bukan dalam kumpulan itu," katanya kepada Astro AWANI di sini, pada Ahad.
Mengulas
lanjut, Adnan memaklumkan, Ceupacs juga mendapati ada penjawat awam
yang belum bersedia atau takut untuk menerima suntikan vaksin
Justeru
itu, beliau meminta ketua-ketua jabatan untuk mengenal pasti golongan
terbabit dan membantu mereka memahami kepentingan mendapatkan vaksin.
"Sebagai penjawat awam, mereka bertanggungjawab membawa dasar kerajaan dan menjadi contoh kepada rakyat.
"Ini
kerana segala pergerakan mereka sering diberi fokus yang akhirnya jika
tidak divaksinasi maka akan menjadi contoh tidak baik kepada rakyat,"
jelasnya.
Bagaimanapun, Adnan
memberitahu, jumlah 30,000 penjawat awam yang tidak divaksin tidaklah
besar berbanding jumlah keseluruhan penjawat awam di Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan