Dinasti Ming diagungkan, kesultanan Melayu Melaka dilindungi
BANGI
– Fungsi utama buku teks Sejarah untuk membina negara bangsa,
mengagungkan Perlembagaan serta kesultanan, namun malang sekali apabila
semua itu langsung tidak dimasukkan dalam silibus buku teks Sejarah
Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).
Presiden
Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (PPPPPM),
Datuk Abdul Raof Hussin berkata, buku teks Sejarah UEC tidak mengajar
mengenai kehebatan Malaysia, sebaliknya mengagungkan sejarah negara
China.
Bayangkan, buku ini terus digunakan, pelajar UEC dilayan, dihormat lebih daripada melayan pelajar sekolah menengah kebangsaan.
Biar apa
pun alasannya, Kementerian Pendidikan dan kerajaan perlu menilai semula
dasar kerana UEC jelas perosak sistem pendidikan negara.
“UEC tidak
langsung menghormati Perlembagaan Persekutuan, tidak mengagungkan
negara sendiri. Cuba bayangkan pelajar UEC, belajar guna buku ini (buku
teks Sejarah UEC), tapi bukan belajar sejarah Malaysia, tapi sejarah
China.
“Di dalam buku itu, yang agungnya Dinasti Ming. Ketamadunan dan kekuatan kerajaan Melayu Melaka dilindungkan.
“Adakah
ini buku teks yang hendak kita ajar kepada rakyat Malaysia? Digambarkan
juga dalam agama Islam itu perempuan boleh jadi imam kepada lelaki. Ini
tak boleh. Ini tak wajar sama sekali,” katanya dalam Pidato Pertiwi
bertajuk ‘UEC Barah Perpaduan’ yang disiarkan TV Pertiwi, malam tadi.
Atas dasar
itu, beliau hairan apabila dahulu Datuk Seri Najib Razak pernah
menawarkan 17 guru UEC untuk mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
(SJKC) 2011.
Walhal,
sudah terang lagi bersuluh guru-guru ini sudah ‘dididik’ menjadi
antikerajaan, antiperpaduan, dan kini mengajar pula di SJKC.
“Inilah yang dikatakan barah perpaduan. Kenapa lantik mereka ini, yang sudah diajar dengan pendidikan antinasional.
“Kalau
guru tak cukup, sepatutnya boleh lantik dari UEC dengan syarat hanya
guru sementara, bukan guru tetap. Ini kesilapan besar oleh Menteri
Pendidikan,” katanya.
Justeru,
beliau mengingatkan segala-gala yang bercorak Malaysia tidak akan
dikehendaki oleh Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus
Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong).
“Tapi apa
kemudahan yang diberi pada sekolah kebangsaan (SK), mereka hendak. Tapi
pelajarannya masih berkiblatkan China. Malangnya, kerajaan kita terus
ambil guru itu,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan