Laporan tersebut hanyalah bersifat ‘bombastik’ oleh pihak tertentu yang dilihat boleh mencetuskan kebimbangan rakyat Malaysia terhadap keperluan produk daging.
Namun kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menegaskan komited untuk memantau dan tidak berkompromi dengan mana-mana pihak.
Justeru, berkenaan adalah tidak benar dan disangkal dengan tuduhan cuma untuk menakutkan rakyat Malaysia.
“Tidak sampai berlarutan sehingga 40 tahun, kita akan ambil tindakan dan tidak pernah berkompromi selama ini.”
Kata Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid seperti dipetik laporan MalaysiaGazette hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Pelancaran Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Perayaan Krismas 2020 serta Kempen Membeli Barangan Malaysia di Publika Solaris.
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan, kementeriannya sudah mengenalpasti syarikat yang menjadi kartel melakukan label halal pasu dan akan didedahkan dalam masa terdekat.
Hal tersebut tidak dapat didedahkan sekarang sehinggalah pendakwaan selesai dilakukan atas nasihat Timbalan Pendakwa Raya.
“Kita beri jaminan, jangan bimbang tentang isu ini. Kita telah membuat pemantauan dan terus memantau dengan agresif sekali.
“Setakat ini, kita telah buat 29 pemeriksaan di premis borong serta 130 peruncit, kita bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Kastam dan juga peniaga-peniaga itu sendiri.
“Ramai yang curiga, kita ambil perhatian mereka yang terlibat ini dan dalam masa terdekat selepas pendakwaan kita akan dedahkan nama syarikat itu kepada umum.
“Kita tidak mahu ganggu siasatan ketika ini,” tegasnya. – SM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan